Utusan Borneo (Sabah)

Tendangan penalti lewat selamatkan UAE pada perlawanan pembuka tirai Piala Asia

-

ABU DHABI, Emiriyah Arab Bersatu (UAE): Pasukan tuan rumah, UAE, terselamat dari kekalahan apabila seri 1-1 dengan Bahrain pada perlawanan pembuka tirai kejohanan Piala Asia di sini Sabtu lepas.

Pemain gantian, Ahmed Khalil, menyempurn­akan tendangan penalti lewat untuk UAE selepas Mohamed Alromaihi meletakkan Bahrain di hadapan.

“Penonton adalah seperti pemain ke-12 kami, jadi saya mengharapk­an kami dapat memberikan kemenangan kepada mereka,” kata jurulatih UAE, Alberto Zaccheroni.

“Tetapi kami akan belajar dari perlawanan ini dan meneruskan latihan. Apa yang penting ialah untuk meningkat dari satu perlawanan ke satu perlawanan dan sepanjang kejohanan ini.”

UAE menjaringk­an gol hanya 14 saat selepas sepak mula pada pertemuan terakhir kedua-dua pasukan pada Piala Asia 2015 di Australia tetapi tidak kelihatan perkara yang sama berulang Sabtu lepas.

Pemain UAE, Ismail Alhammadi merembat lemah ke arah penjaga gol Bahrain, Sayed Alawi seawal minit keenam sebelum rembatan Ali Mabkhout tersasar.

Bahrain hampir membuka jaringan sebelum rehat apabila Komail Alaswad melihat tendangan percuma beliau sedikit tinggi melepasi palang gol.

Penguasaan pasukan tuan rumah berterusan tetapi rembatan Mabkhout tersasar dan kegagalan UAE menyempurn­akan banyak peluang akhirnya menerima padahapabi­laBahrainm­embuka jaringan pada minit ke-78 dari tandukan Alromaihi.

Sami Alhusaini hampir mengikat kedudukan buat UEA lima minit sebelum tamat permainan tetapi Alawi beraksi tangkas menepis cubaan.

Tetapi pengadil perlawanan memberikan satu tendangan penalti lima minit sebelum tamat permainan kerana apa yang dikatakan bola terkena tangan walaupun ia tidak dapat dielakkan.

Khalil, yang membuat penampilan ke-100, menangani debaran sebelum menggembir­akan kira-kira 33,000 penyokong dalam stadium.

Jurulatih Bahrain, Miroslav Soukup, mengawal perasaanny­a selepas keputusan itu dan enggan mengkritik pengadil.

“Anda boleh berkata mungkin tuah tidak memihak kepada kami,” kata Soukup. “Saya tidak melihatnya dan belum melihat ulang tayang insiden (penalti) tetapi pemain dalam bilik persalinan berkata ia bukan disengajak­an – jadi ia hanya nasib yang malang.”

Zaccheroni membimbing Jepun memenangi Piala Asia pad 2011 tetapi pasukan beliau kali ini kurang menyerlah ketika persediaan untuk kejohanan ini apabila hanya menjaringk­an 10 gol dari 18 perlawanan.

Harapan mereka untuk melangkah jauh juga tidak dibantu dengan kecederaan penyerang utama, Omar Abdulrahma­n.

UAE akan menentang India dan Thailand pada aksi lain dalam Kumpulan A. -AFP

 ??  ?? PEMAIN pertahanan UAE Khalifa Ghanim menendang bola keluar untuk menyelamat­kan gawang pasukannya. -Gambar AFP
PEMAIN pertahanan UAE Khalifa Ghanim menendang bola keluar untuk menyelamat­kan gawang pasukannya. -Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia