Utusan Borneo (Sabah)

Piala FA: Chelsea tewaskan Nottingham Forest 2-0

Tewaskan Nottingham Forest 2-0 pada perlawanan pusingan ketiga Piala FA

-

LONDON, England: Alvaro Morata menjaringk­an dua gol ketika juara bertahan, Chelsea, memulakan kempen mempertaha­nkan kejuaraan Piala FA Inggeris dengan kemenangan 2-0 ke atas Not tin g ham Forest, pada satu perlawanan di mana pemain tengah, Cesc Fabregas kelihatan mengucapka­n selamat jalan kepada bola sepak Inggeris.

Perlawanan pusingan ketiga menyaksika­n penglibata­n kelab-kelab dari Liga Perdana Inggeris pada kejohanan bola sepak kalah mati tertua di dunia dan mempunyai tradisi mencipta beberapa kejutan.

Tetapi hanya ada satu kejutan Sabtu lepas apabila kelab divisyen tiga, Gillingham menewaskan kelab Liga Perdana, Cardiff City 1-0.

Kelab Liga Kejuaraan (divisyen dua), Bristol City, menewaskan kelab tercorot Liga Perdana, Huddersfie­ld 10 menerusi gol Josh Brownhill pada minit ke-72 sementara Crystal Palace mengelak nasib yang sama apabila menewaskan kelab divisyen empat, Grimsby 1-0.

Derby County, yang dibimbing bekas pemain tengah antarabang­sa England, Frank Lampard, bangkit dari ketinggala­n 0-2 sebelum mengikat kelab Liga Perdana, Southampto­n 2-2.

Newcastle United juga seri apabila tendangan penalti Matt Ritchie, lima minit sebelum tamat permainan memastikan keputusan seri 1-1 menentang kelab Liga Kejuaraan, Blackburn Rovers.

Tetapi Arsenal, pemenang dengan rekod 13 kali kejohanan, menang 3-0 di Blackpool.

Di Stamford Bridge, Morata dan Fabregas dikaitkan dengan perpindaha­n dari kelab pada pasaran perpindaha­n pemain bulan ini – dengan Fabregas dijangka akan menyertai kelab Monaco yang dibimbing oleh bekas rakan sepasukann­ya di Arsenal, Thierry Henry. Fabregas, yang menggalas tugas kapten perlawanan, menyaksika­n tendangan penalti beliau pada minit ke30 ditepis keluar penjaga gol Forest, Luke Steele tetapi dua gol dalam tempoh 10 minit dalam separuh masa kedua oleh Morata, menamatkan saingan. Kakitangan kejurulati­han Chelsea, Carlo Cudicini, yang bercakap kepada media berbanding pengurus Mauricio Sarri, berkata beliau tidak pasti jika Fabregas bermain perlawanan terakhir bersama Chelsea. “Secara peribadiny­a saya tidak tahu,” kata beliau. “Beliau (Fabregas) pemain yang hebat untuk pasukan dan memberikan banyak sumbangan kepada kelab ini. Cesc adalah pemain berkualiti tinggi.”

Cardiff bolos lapan minit sebelum tamat permainan dari rembatan Elliott List. “Kami tidak akan menjaringk­an gol dalam tempoh satu juta tahun,” akui pengurus Cardiff, Neil Warnock dengan nada sinis.

Pengurus Gillingham, Steve Lowell, yang lahir di Swansea – musuh tradisi Cardiff – menambah: “Saya belum pernah bermain menentang mana-mana pasukan Liga Perdana sebelum ini, jadi saya fikir ia mungkin keputusan terbaik.”

Southampto­n kelihatan membayangk­an kemaraan ke pusingan keempat selepas Nathan Redmond menjaringk­an dua gol dalam kedua-dua babak tetapi Derby bangkit dengan dua gol pantas menerusi rembatan Jack Marriott dan Tom Lawrence untuk membawa ke perlawanan ulangan.

Everton akhirnya menewaskan kelab divisyen empat, Lincoln 2-1 di Goodison Park selepas Ademola Lookman dan Bernard meletakkan Everton 2-0 di hadapan pada 14 minit pertama permainan sebelum pasukan tuan rumah merapatkan kedudukan pada minit ke-28 hasil jaringan Michael Bostwick.

Ole Gunnar Solskjaer meraikan kemenangan kelima berturut-turut sejak menjadi pengurus sementara Manchester United apabila menewaskan Reading 2-0.

United, finalis musim lepas, menjaringk­an dua gol sebelum rehat menerusi rembatan Juan Mata dan Romelu Lukaku.

“Anda tidak dapat meminta yang lebih bagus lagi tetapi cara kami bermain tidak begitu meyakinkan,” kata Solskjaer.

Pada perlawanan lain, Marko Arnautovic membantu West Ham menewaskan kelab Liga Kejuaraan, Birmingham 2-0 sementara Brighton menewaskan kelab jiran Bournemout­h 3-1 pada pertemuan dua kelab Liga Perdana. -AFP

 ??  ??
 ??  ?? DUA pemain Nottingham Jack Colback dan Tendayi Darikwa cuba menyekat pergerakan Hazard dalam perlawanan antara kedua pasukan. -Gambar Reuters
DUA pemain Nottingham Jack Colback dan Tendayi Darikwa cuba menyekat pergerakan Hazard dalam perlawanan antara kedua pasukan. -Gambar Reuters
 ??  ?? MORATA
MORATA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia