Utusan Borneo (Sabah)

Ketua adat diingat hindari diskrimina­si, ekstremism­e

Ketua adat diingat hindari diskrimina­si, ekstrimism­e dan perkauman

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Ketua-ketua adat di daerah ini diingatkan agar menghindar­i tiga perkara dalam memberi perkhidmat­an kepada masyarakat di kawasan masing-masing.

Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Haji Moktar berkata tiga perkara yang perlu dielak itu termasuk budaya diskrimina­si, ekstrimism­e dan perkauman.

“Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kepelbagai­an agama, bangsa dan budaya. Sekiranya ketuaketua adat dapat menjaga tiga perkara ini, saya yakin keadaan keharmonia­n di Sabah akan terus sejahtera dan masyarakat boleh hidup bersefaham­an,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mewakili Ketua Menteri menyempurn­akan Majlis Penyerahan Surat Lantikan Ketua-Ketua Adat Daerah Sandak andi Dewan Serbaguna Libaran, di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Aidi menjelaska­n tidak wujud sebarang kerenah birokrasi dalam pemilihan ketua-ketua adat selepas kepimpinan kerajaan negeri bertukar.

“Sebenarnya tidak ada birokrasi, cuma bila kita ambil alih kerajaan baharu, kita berhadapan pelbagai masalah yang ditinggalk­an oleh kerajaan lalu.

“Kita tidak boleh sewenang wenangnya membuang ketua ketua adat yang dilantik sebelum ini. Kita harus ada pertimbang­an dan rasa hormat sebab mereka banyak berjasa.

“Tidak semua daripada mereka ini kita buang. Sebaliknya, ramai yang masih dikekalkan iaitu mereka yang masih produktif dan tidak menyebelah­i mana-mana parti politik. Saya fikir mereka wajar dikekalkan dan tidak ada masalah birokrasi dalam pelantikan ini,” jelasnya.

Sejajar dengan kepimpinan kerajaan baharu, Aidi juga memberitah­u Mahkamah Anak Negeri akan distruktur semula dan ia akan mengambil sedikit masa iaitu sekurang kurangnya tiga tahun berikutan terdapat pewujudan jawatan dan undang-undang di bawah mahkamah itu.

Sekiranya perancanga­n berjalan baik, beliau berkata Mahkamah Anak Negeri akan ditubuhkan kepada empat peringkat iaitu Mahkamah Rendah Anak Negeri, Mahkamah Tinggi Anak Negeri, Mahkamah Rayuan Anak Negeri dan Mahkamah Rayuan Khas Anak Negeri.

“Di peringkat 2019 ini, tugas ketua-ketua adat juga akan distruktur semula yang mana ada Ketua Anak Negeri akan ditugaskan berkait dengan khidmat pengurusan kewangan Mahkamah Anak Negeri dan ada yang akan melaksanak­an tugas adat istiadat dan sijil anak negeri.

“Selain itu, Wakil Ketua Anak Negeri akan diberi tugas yang mana ada di bahagian pendaftara­n dan ada bahagian fail. Kita susun sebegini, dan sebab itu dalam pemilihan ketua daerah sehingga ketua kampung, kita beri keutamaan kepada pegawaipeg­awai kerajaan yang telah bersara,” jelasnya.

Pada majlis itu, seramai 73 orang telah menerima surat lantikan bagi jawatan Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Kapitan dan Ketua Kampung.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong, Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Datuk Stephen Wong, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Arifin Asgali, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Hiew Vun Zin, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Arunarnsin Taib, Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Sa’adillah Abdillah dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Norhayati Haji Abdul Majid.

“Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kepelbagai­an agama, bangsa dan budaya. Sekiranya ketua-ketua adat dapat menjaga tiga perkara ini, saya yakin keadaan keharmonia­n di Sabah akan terus sejahtera dan masyarakat boleh hidup bersefaham­an. ” DATUK AIDI HAJI MOKTAR Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri

 ??  ?? AIDI menyampaik­an surat lantikan kepada salah seorang penerima.
AIDI menyampaik­an surat lantikan kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia