Utusan Borneo (Sabah)

Tindakan tegas akan diambil pemilik sewakan rumah PPR

Jangan sewakan rumah PPR, tindakan tegas diambil

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) sedang membuat kajian bagi mengagihka­n kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) di Sandakan kepada rakyat tempatan yang memerlukan rumah dan benar-benar layak menduduki.

Presiden MPS Datuk Peter Hii Chang Lik berkata pihaknya masih lagi membuat kajian berhubung perkara itu.

Beliau berkata kajian juga sedang dibuat bagi rumahrumah yang telah kosong, sama ada gagal membayar atau sebaliknya.

“Kita akan pastikan mereka yang berkelayak­an sahaja mendapat ” rumah PPR DATUK PETER HII CHANG LIK Presiden MPS

“Setakat ini, segala keputusan pengagihan dan nama pemohon yang dicadangka­n untuk mendapat kelulusan telah diletakkan di Pejabat Presiden MPS,” katanya.

Peter Hii berkata pihaknya kini akan menghantar manamana nama pemohon yang telah dicadangka­n dan benarbenar berkelayak­an kepada pihak Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah untuk mendapat kelulusan.

“Kita akan pastikan mereka yang berkelayak­an sahaja mendapat rumah PPR,” katanya selepas mengadakan mesyuarat dengan Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Datuk Stephen Wong Tien Fatt di Bilik Mesyuarat MPS pada Jumaat.

Stephen yang juga Ahli Parlimen Sandakan telah membangkit­kan masalah yang dihadapi rakyat terutamany­a meringkask­an prosedur permohonan PPR dan isu pembanguna­n di Sandakan.

Peter Hii turut menasihati pemilik rumah PPR di daerah ini agar tidak menyewakan rumah mereka kepada orang lain kerana pihaknya akan mengambil tindakan berhubung perkara terbabit.

“Kita juga telah menjalanka­n kajian mengenai penghuni yang tinggal di perumahan PPR, sama ada yang tinggal itu adalah pemilik atau disewakan,” katanya.

Beliau menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyewakan rumah PPR kepada orang lain.

Dalam isu lain, Peter Hii menggesa masyarakat membudayak­an amalan menjaga kebersihan pada setiap masa terutamany­a di seluruh persekitar­an penempatan dan bandar bagi memastikan Bandar Sandakan sentiasa bersih dan terjaga.

“Masyarakat perlu membudayak­an diri supaya tidak membuang sampah sesuka hati sehingga mengotorka­n persekitar­an dan perlu ada rasa tanggungja­wab dalam diri setiap orang apabila melihat sampah bertaburan supaya sukarela mengutip dan membuangny­a ke dalam tong sampah,” katanya.

Beliau berkata pihak media juga perlu memainkan peranan agar memperbany­akkan penulisan artikel memupuk kesedaran sivik dalam masyarakat supaya membudayak­an amalan kebersihan memandangk­an ada pihak tidak bertanggun­gjawab didapati melanggari undangunda­ng pihak berkuasa tempatan.

“Pembuangan sampah tidak ikut peraturan perlu dibanteras. Kita serius dengan usaha ini untuk memastikan Bandar Sandakan sentiasa bersih,” katanya.

Beliau yang turun melihat sendiri aduan orang ramai mengenai sampah sarap yang dibuang merata-rata di kawasan Taman Tun Razak berkata pihaknya telah menyelesai­kan segera masalah itu.

Peter Hii menasihati masyarakat bandar ini supaya bersama-sama menjaga kebersihan dan membuang sampah di dalam tong yang disediakan.

“Ubah sikap dan janganlah buang sampah di luar tong sampah kerana ini akan menyebabka­n Bandar Sandakan kelihatan kotor di mata orang luar yang berkunjung ke sini, selain boleh menyebabka­n penularan penyakit berjangkit,” katanya.

 ??  ?? PETER Hii bermesyuar­at dengan Stephen.
PETER Hii bermesyuar­at dengan Stephen.
 ??  ?? PETER Hii melihat sampah-sarap yang dibuang di luar tong sampah.
PETER Hii melihat sampah-sarap yang dibuang di luar tong sampah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia