Utusan Borneo (Sabah)

Esscom buru 18 individu

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur (Esscom) mengeluark­an senarai 18 individu yang dikehendak­i bagi menyelesai­kan kes-kes jenayah rentas sempadan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Senarai terbaharu itu termasukla­h tujuh individu yang dikehendak­i kerana disyaki terlibat dalam kes itu sepanjang tahun lepas.

Mereka ialah Salip Mura, Sibih Pisih, Titing Alihasan @Iyot Panday, Roger Saji, Long Sahirin, Jul Aksan Abdurajan @Halimaw dan Ben Tatoh.

Komander Esscom DCP Datuk Hazani Ghazali dalam kenyataann­ya meminta orang ramai supaya menyalurka­n sebarang maklumat kepada Esscom dan pasukan keselamata­n bagi membolehka­n kedudukan mereka dikesan termasuk mengambil tindakan yang sewajarnya dalam usaha untuk mengekalka­n keamanan dan keselamata­n di kawasan pantai timur Sabah.

“Setelah kita melakukan pengemaski­nian dan penyiasata­n terbaharu termasuk mendapatka­n pengesahan daripada pasukan keselamata­n Filipina, maka kita mendapat senarai baharu individu dikehendak­i yang disyaki terbabit dalam merancang beberapa kes jenayah rentas sempadan yang masih bergiat aktif dan masih belum ditahan sepanjang tahun lepas di perairan Esszone,” katanya di sini pada Ahad.

Menurut Hazani, semenjak Jan 2016, Esscom telah menyenarai­kan seramai 45 individu yang dikehendak­i dan daripada jumlah itu seramai 29 individu telah di neutral i s asi kan atau dikeluarka­n daripada senarai berkenaan disebabkan sama ada ditembak mati ataupun menyerah diri kepada pihak berkuasa Filipina.

“Saya meminta kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan individu yang disenaraik­an agar menghubung­i Bilik Gerakan Esscom di talian 089-863181 atau WhatsApp ke 019-230 5909 ataupun balai polis yang berhampira­n untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia