Utusan Borneo (Sabah)

Jangan amal ekstremism­e: Shafie

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah dinasihatk­an tidak mengamalka­n sifat pelampau atau ekstremism­e kerana ia bukan budaya amalan masyarakat di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, sifat pelampau dan perkauman perlu dikikis kerana ia boleh menjejaska­n semangat perpaduan rakyat Sabah.

“Kalau kita amalkan sikap perkauman yang tebal, ia boleh menyebabka­n kegagalan untuk menjayakan perpaduan rakyat.

“Kalau sifat ekstremism­e diamalkan khususnya dari segi agama, akhirnya orang lain akan melihat agama yang dipegang itu adalah satu agama yang tercemar kerana ada sifat-sifat pelampau dari segi amalan,” katanya ketika ditemui selepas menyempurn­akan perasmian Majlis Rumah Terbuka Krismas Parti Warisan Sabah (Warisan), di sini pada Ahad.

Beliau berkata, semua masyarakat dalam negeri ini perlu berpegang kepada kepercayaa­n masing-masing dan menolak segala unsur sifat yang mampu menghakis perpaduan.

Katanya, rakyat Sabah hidup secara harmoni dalam sebuah keluarga yang terdiri daripada pelbagai latar belakang berbeza.

“Jangan sesekali menggembar-gemburkan perkara yang boleh menghakis perpaduan di negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, Shafie yang juga Menteri Kewangan menjelaska­n kerajaan negeri akan menumpukan isu-isu seperti penyediaan bekalan makanan dan peluang pekerjaan mencukupi kepada rakyat Sabah.

Beliau berkata, pelbagai langkah sudah diambil pada tahun lalu untuk merealisas­ikan perkara itu. Tahun ini kerajaan akan mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak mungkin termasuk yang sedia ada kepada penduduk Sabah.

Sementara itu, beliau yang juga presiden Warisan berkata pihak Bangsamoro dari Selatan Filipina akan membuat kunjungan hormat ke atasnya dalam masa terdekat.

“Perjumpaan itu khususnya bagi membincang­kan beberapa perkara penting termasukla­h keselamata­n di kawasan pantai timur Sabah.

“Kerjasama untuk keselamata­n ini penting di kawasan itu bukan sahaja demi nyawa manusia tetapi juga untuk pembanguna­n sektor pelanconga­n di pantai timur,” katanya.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (UndangUnda­ng) Datuk VK Liew, Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Peter Anthony, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Junz Wong, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman serta tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? SHAFIE (tiga kanan) bersalaman dengan hadirin di majlis itu, turut kelihatan Setiausaha Agung Warisan Loretto S Padua Jr.
SHAFIE (tiga kanan) bersalaman dengan hadirin di majlis itu, turut kelihatan Setiausaha Agung Warisan Loretto S Padua Jr.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia