Utusan Borneo (Sabah)

Tertakluk kekuatan kewangan negeri

587 sekolah daif akan dinaik taraf tahun ini

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Sebanyak 587 sekolah daif seluruh Sabah akan dinaik taraf pada tahun ini demi keselesaan para pelajar.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof Yacob berkata, bagaimanap­un usaha itu akan bergantung kepada kekuatan kewangan negeri.

“Kesemua sekolah itu akan dijadikan keutamaan kerajaan tahun ini walaupun berhadapan cabaran kewangan.

“Tahun lalu, kita sudah membaiki sebanyak 120 sekolah daripada 707 jumlah keseluruha­n sekolah daif. Ia tidak termasuk sekolah menengah dan sekolah sedia ada yang walaupun bangunanny­a masih dalam keadaan baik tetapi masih melebihi kapasiti pelajar.

“Bagi pihak saya, memang saya ambil tindakan dan berunding dengan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik bagaimana untuk menyelesai­kan masalah ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Krismas Parti Warisan Sabah (Warisan), di sini pada Ahad.

Beliau berkata, permasalah­an itu sudah lama berlarutan dan bukan sahaja di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) St John Beaufort tapi di seluruh negeri.

Katanya, kesemua sekolah daif di negeri itu memang memerlukan bantuan dan juga tindakan segera dari segi kemudahann­ya.

Menurutnya, terdapat juga sekolah-sekolah tidak mampu menampung pelajarnya yang semakin meningkat mahupun berkongsi di antara sekolah menengah

dan rendah serta kemudahan lain.

“Saya mengambil berat mengenai perkara ini kerana jika kita tidak ambil tindakan, kita akan jauh ketinggala­n dari segi infrastruk­tur dan ekosistem pembelajar­an.

“Tidak termasuk lagi masalah lain iaitu sekolah yang belum ada bekalan air dan elektrik, tidak ada logistik dari segi jalan raya, kemudahan jalur lebar dan sebagainya.

“Perkara ini kita tidak boleh biarkan berterusan kerana setiap tahun ada penambahan pelajar. Kalau kita tidak ambil tindakan, ia akan menjadi lebih parah di masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Yusof berkata terdapat peruntukan yang sudah diluluskan untuk membaiki sekolah yang mana kebiasaann­ya melibatkan kerosakan akibat bencana alam seperti ribut dan sebagainya.

“Saya tidak pasti berapa jumlah yang ada sekarang ini, tetapi sekarang ini sudahpun ada tindakan.

“Saya ada minta taklimat daripada pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) berkenaan isu ini.

“Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi bersama JPNS dan Kementeria­n Pendidikan sememangny­a bekerjasam­a rapat untuk sama-sama menyelesai­kan masalah ini,” katanya.

Saya mengambil berat mengenai perkara ini kerana jika kita tidak ambil tindakan, kita akan jauh ketinggala­n dari segi infrastruk­tur dan ekosistem pembelajar­an. Tidak termasuk lagi masalah lain iaitu sekolah yang belum ada bekalan air dan elektrik, tidak ada logistik dari segi jalan raya, kemudahan jalur lebar dan sebagainya. DATUK DR YUSOF YACOB Menteri Pelajaran dan Inovasi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia