Utusan Borneo (Sabah)

Penangguha­n bina jambatan Igan, Rambungan dan Batang Lupar bukan kerajaan tidak peduli

-

KUCHING: Penangguha­n projek pembinaan jambatan Igan, Jambatan Rambungan dan Jambatan Batang Lupar di Sarawak bukan bermakna Kerajaan Persekutua­n tidak peduli dengan hak rakyat di negeri.

Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata penangguha­n itu disebabkan kekangan kewangan yang dihadapi oleh negara pada masa kini, yang menanggung hutang hampir RM1 trilion.

“Buat masa sekarang kerajaan perlu berbelanja dengan jimat dan bijaksana. Dalam situasi ini, penting agar kerajaan tidak meningkatk­an lagi hutang sedia ada,” katanya semasa sidang media sempena Majlis Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baharu di Dewan Masyarakat, Jalan Padungan di sini pada Ahad.

Beliau, yang juga pengerusi Parti Keadilan Rakyat Sarawak, berkata Kerajaan Persekutua­n amat mengalu-alukan keputusan Kerajaan Negeri dalam usaha untuk meneruskan projek pembinaan ketiga-tiga jambatan itu, yang terletak di jalan pesisir, sebagai langkah terbaik untuk rakyat di negeri ini.

Pembinaan jambatan itu telah dijanjikan oleh kerajaan terdahulu (BN) di mana kos pembinaan untuk Jambatan Igan dan Jambatan Rambungan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutua­n manakala Jambatan Batang Lupar ditanggung 50-50 Kerajaan Persekutua­n dan Kerajaan Negeri.

Semalam, Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Tun Openg Projek dilaporkan berkata projek pembinaan Jambatan Batang Lupar dan Jambatan Rambungan akan diteruskan dengan mengguna dana daripada Kerajaan Negeri dan kini dalam proses tender yang dikendalik­an oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia