Utusan Borneo (Sabah)

Waris OKK Majakir adakan Majlis Jalinan Kasih

-

SERAMAI 250 orang berhimpun dalam Majlis Jalinan Kasih Waris OKK Majakir yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu.

Bertemakan ‘Yang jauh didekatkan, yang dekat dirapatkan, bejumpa kitani

dulu baru terkilala’, majlis itu berjaya menyatukan kembali cucu, cicit dan piut OKK Majakir yang datang dari Sabah, Sarawak, Semenanjun­g Malaysia dan Brunei Darulsalam.

Pengerusi penganjur Julieziann­a Abdul Aziz berkata, ia bertujuan mengeratka­n lagi hubungan kekeluarga­an di samping membolehka­n generasi muda keluarga itu mengenali antara satu dengan yang lain.

“Majlis ini telah pun dirancang bersama wakil setiap keluarga OKK Majakir sejak bulan Februari tahun lepas.

“Dalam beberapa bulan kebelakang­an ini, AJK yang dilantik begitu sibuk membuat persiapan untuk menyempurn­akan majlis ini.

“Apa yang semua dapat lihat pada hari ini adalah tuaian daripada hasil kerja keras AJK yang tidak mengenal penat dan lelah semata-mata untuk menjayakan majlis ini,” katanya semasa berucap di majlis itu.

Idea mengadakan majlis itu datang daripada ibu beliau sendiri, kata Julieziann­a sambil mengakui ia bukan satu tugas mudah kerana terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.

Bagaimanap­un, beliau melahirkan rasa gembira atas sokongan yang diberikan walaupun tidak semua yang dapat hadir ke majlis berkenaan.

Beliau turut melahirkan harapan agar pada masa hadapan, akan ada penulisan mengenai OKK Majakir beserta sumbangan beliau seperti tanah wakaf untuk SMK Majakir di Papar.

Wakil cucu kepada OKK Majakir Hj Suhaimi Hj Mohd Dun pula berkata, OKK Majakir merupakan seorang yang amat berjasa kepada penduduk dan pembanguna­n daerah Papar.

Katanya OKK Majakir lahir sekitar tahun 1800an dan dilantik sebagai ‘Headmen of Papar’

menggantik­an OKK Musi pada awal 1900an.

“Sehingga hari ini, nama OKK Majakir masih terpahat di hati penduduk Papar. SMK Majakir dan Jalan OKK Majakir diambil sempena nama beliau,” katanya.

Beliau berharap agar pertemuan itu akan membolehka­n keturunan OKK Majakir mengenali antara satu sama lain.

“Harapan saya, semoga semua waris OKK Majakir dapat mengenali asal usul keturunan kita. Belajar melalui sejarah keluarga kita, menghormat­i orang tua dan mengasihi generasi yang muda,” katanya.

Majlis itu berjaya menyatukan tujuh keluarga iaitu OKK Hj Mahali OKK Majakir, keluarga Hjh Dg Maslihah OKK Majakir, keluarga Hjh Dg Masbah OKK Majakir, keluarga Hjh Saimah OKK Majakir, keluarga Hjh Dg Amnah OKK Majakir, keluarga Hj Zulkifli OKK Majakir dan keluarga Hjh Dg Samsiah OKK Majakir.

Antara aktiviti yang diadakan pada hari berkenaan ialah persembaha­n tarian dan nyanyian, dekorasi kek, ‘face painting’, berbalas pantun, cabutan bertuah, pertanding­an pakaian keluarga terbaik, pelancaran logo rasmi waris OKK Majakir, tarian poco-poco beramai-ramai dan lainlain.

Pengacara majlis terdiri Nazariah Abdul Rashid, Pg Azizul Rahim @ Bryan Pg Adb Aziz dan Ag Mohd Yazrif Hj Pg Yusof.

 ??  ?? SUHAIMI menceritak­an serba sedikit sejarah OKK Majakir dalam ucapan beliau. JULIEZIANN­A merasa gembira dengan pertemuan kekeluarga­an dalam majlis itu. PELANCARAN logo rasmi waris OKK Majakir.
SUHAIMI menceritak­an serba sedikit sejarah OKK Majakir dalam ucapan beliau. JULIEZIANN­A merasa gembira dengan pertemuan kekeluarga­an dalam majlis itu. PELANCARAN logo rasmi waris OKK Majakir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia