Utusan Borneo (Sabah)

Universal Motor rai 300 pelanggan

Sempena Majlis Makan Malam Ulangtahun ke-22

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

UNIVERSAL

Motor Sdn Bhd meraikan 22 tahun penubuhan bersama kirakira 300 pelanggann­ya dalam Majlis Makan Malam Ulangtahun ke-22 di Dewan Cheh Yee Khor, Lahad Datu pada Sabtu.

Pengarah Urusan Chok Yun Kiong berkata majlis itu amat bermakna kepada syarikat kerana amalan syarikat yang mengibarat­kan pelanggan sebagai ‘boss’ yang akan terus menjadi keutamaan semua kakitangan.

Menurutnya, atas dasar itu syarikat akan terus berusaha menawarkan perkhidmat­an terbaik bukan sahaja pada kenderaan yang telah dibeli malah lebih daripada itu.

“Dengan menjadi pelanggan kami, syarikat bukan sahaja memberi perkhidmat­an terbaik kepada kenderaan yang dibeli malah perkhidmat­an tambahan yang tidak diberikan oleh syarikat lain seperti meraikan pelanggan pada majlis seperti ini,” katanya ketika berucap di majlis itu.

Perkembang­an terkini Universal Motor selaku pengedar utama kenderaan Isuzu pacuan empat roda dan trak di Sabah termasuk di Lahad Datu, syarikat tampil memanfaat teknologi aplikasi perkhidmat­an atas talian Universal Motor Mobile App yang boleh dimuat turun secara percuma di Play Store (Android) dan App Store (iOS).

Selain jamuan makan malam, majlis itu diserikan dengan persembaha­n tarian, nyanyian serta cabutan bertuah yang menawarkan dua hadiah utama iaitu trip melancong ke Korea selama tujuh hari lima malam.

Dua individu yang memenangin­ya ialah Dirman Hidin dan Mohd Adam Badrul.

Difahamkan, majlis yang sama turut akan diadakan di Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu dalam masa terdekat.

Turut hadir, Presiden Dewan Perniagaan Tionghua Tan Cheng Teng, Pengerusi Pertubuhan Pendidikan Akhlak Che Yee Khor Lahad Datu Shim Pui Siah, Pengerusi Persatuan Komuniti Bugis Sabah Daerah Lahad Datu Yusof Nanong dan Pengurus Auliah Trading Abdul Salam Kassim.

Dengan menjadi pelanggan kami, syarikat bukan sahaja memberi perkhidmat­an terbaik kepada kenderaan yang dibeli malah perkhidmat­an tambahan yang tidak diberikan oleh syarikat lain seperti meraikan pelanggan pada majlis seperti ini. CHOK YUN KIONG Pengarah Urusan

 ??  ?? TETAMU jemputan khas bersama Chok (tiga dari kiri).
TETAMU jemputan khas bersama Chok (tiga dari kiri).
 ??  ??
 ??  ?? PEMENANG cabutan bertuah hadiah utama Dirman dan Mohd Adam. (Gambar kiri) CHOK ketika mengumumka­n pemenang cabutan bertuah.
PEMENANG cabutan bertuah hadiah utama Dirman dan Mohd Adam. (Gambar kiri) CHOK ketika mengumumka­n pemenang cabutan bertuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia