Utusan Borneo (Sabah)

Siaran langsung Anugerah Golden Globe yang ke-76 di saluran E!

-

KETIKA bintangbin­tang senarai-A dan Hollywood bersama-sama meraikan mereka yang terbaik dalam filem dan televisyen seperti dipilih oleh Hollywood Foreign Press, Ryan Seacrest dan Giuliana Rancic sekali lagi akan menjadi hos bersama untuk ‘E! Live From the Red Carpet: The 2019 Golden Globe Awards’ di mana mereka akan membawakan kepada penonton temu bual paling spontan dan tulen dengan bintang terbesar Hollywood dan calon-calon, di samping hos bersama Nightly Pop Morgan Stewart dan Nina Parker.

E! akan membawakan kepada penonton liputan pelbagai platform tanpa saingan sama ada ke udara, di digital dan hingga ke mudah alih dan laman sosial secara langsung dari The Beverly Hilton di Beverly Hills, California bermula jam 7.00 pagi ini (Isnin, 7hb Januari).

Siri semasa lewat malam terbaru E!, Busy Tonight, dihoskan oleh pelakon, pengarang New York Times Best Selling, dan sensasi media sosial, Busy Philipps, akan menyiarkan pada Selasa, 8hb Januari jam 9.00 malam satu episod khas sejam berjudul ‘Busy Tonight Live: Golden Globes After Party’ sempena Anugerah Golden Globe.

Tetamu selebriti akan singgah di pertunjuka­n lewat malam itu untuk berkongsi detik-detik terbesar Golden Globe, anugerah yang dimenangi dan sorotan fesyen dari acara yang ditunggu-tunggu bagi meraikan wayang gambar dan televisyen itu.

Sebagai tambahan, pelakon dan pelawak Tom Lenk akan mengadili pasukan Busy Tonight ketika mereka cuba untuk membangunk­an semula rupa paling tidak dapat dilupakan pada malam itu menggunaka­n barangan isi rumah.

Liputan meluas E! bermula dengan ‘E! Countdown to the Red Carpet: The 2019 Golden Globe Awards’ yang menampilka­n bintang Very Cavallari Kristin Cavallari, hos bersama The Real Jeannie Mai, jurugaya selebriti Brad Goreski, Nina Parker, koresponde­n E! News Kristin Dos Santos dan wartawan E! News Style Zanna Roberts Rassi di mana mereka menunggu bintang-bintang paling dijangka yang akan menjejaki permaidani Golden Globe.

Kegemaran ramai E! Glambot akan melakukan kemunculan semulanya di Golden Globes bersama pengarah kreatif Cole Walliser - pengarah video muzik untuk bintangbin­tang pop seperti P!nk, Katy Perry dan Miley Cyrus - dalam pucuk pimpinan untuk menawan detik-detik permaidani merah yang lain daripada yang lain dalam satu cara inovatif dan menakjubka­n, dan membawa peminat bahkan lebih dalam ke dalam semua aksi itu, secara kebetulan.

Sebelum pesta Isnin bermula, E! News akan menyiarkan liputan khas Golden Globes di mana hos bersama Giuliana Rancic dan Jason Kennedy membawakan kepada penonton satu pratonton peristiwa penting termasuk satu temubual dengan hos Golden Globes Sandra Oh dan Andy Samberg dan ramalan siapa yang akan membawa balik trofi.

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR fail bertarikh 7 Januari 2018 ini menunjukka­n pelakon dan pengarah Angelina Jolie (kiri) dan anak lelakinya Pax Thien Jolie-Pitt semasa Anugerah Golden Globe ke-75 yang diadakan di Beverly Hilton Hotel di Beverly Hills, California. Anugerah Golden Globe yang ditunggu-tunggu kembali lagi dan akan disiarkan secara langsung dan meluas di saluran E!. — Gambar AFP
GAMBAR fail bertarikh 7 Januari 2018 ini menunjukka­n pelakon dan pengarah Angelina Jolie (kiri) dan anak lelakinya Pax Thien Jolie-Pitt semasa Anugerah Golden Globe ke-75 yang diadakan di Beverly Hilton Hotel di Beverly Hills, California. Anugerah Golden Globe yang ditunggu-tunggu kembali lagi dan akan disiarkan secara langsung dan meluas di saluran E!. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia