Utusan Borneo (Sabah)

Kediaman baharu sebagai penghargaa­n atas jasa Yetni

Bantuan rumah adalah sumbangan wakil rakyat selepas kediaman bekas pelawak tersohor musnah terbakar 24 Dis lepas

-

Saya melawat beliau dan keluar gayang mengalami musibah dan kami wakil rakyat akan berusaha untuk membantuny­a terutama menyediaka­n kediaman lebih selesa. DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

KUCHING: Mangsa kebakaran yang juga bekas pelawak tersohor Sarawak, Datuk Yetni Adenan bakal mendapat kediaman baharu yang lebih selesa sebagai penghargaa­n atas jasa dan sumbangann­ya.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, bantuan rumah berkenaan adalah sumbangan daripada wakil rakyat selepas kediaman Yetni yang juga bekas penghulu Kampung Semariang Baru Fasa Dua, musnah dalam kebakaran yang berlaku pada malam 24 Disember lepas.

“Saya melawat beliau dan keluarga yang mengalami musibah dan kami wakil rakyat akan berusaha untuk membantuny­a terutama menyediaka­n kediaman lebih selesa.

“Beliau banyak menyumbang jasa kepada negeri ini, termasuk program Jiran Sekampung (segmen siaran RTM) dan banyak sumbangan lain,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak kebakaran rumah Yetni di Kampung Semerah Padi di sini, Sabtu.

Antara wakil rakyat yang hadir sama Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Tambah Abang Johari, rumah baharu berkenaan akan dibina di tapak rumah yang sama.

“Kami wakil rakyat akan membantu dan melihat bagaimana menyediaka­n tempat selesa kepada Datuk (Yetni) di tempat yang sama.

“Saya telah mengarahka­n arkitek untuk meneliti rumah yang sesuai dan selesa kepada Yetni serta keluargany­a,” tegasnya.

Abang Johari serta isteri Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang yang meluangkan masa kirakira 30 minit dalam lawatan itu turut menyampaik­an sumbangan peribadi kepada Yetni.

Selain itu, Yetni menerima sumbangan daripada Sarawak Badan Amal Tenaga IsteriIste­ri (SABATI) yang diwakili isteri Menteri Muda Bekalan Elektrik Luar Bandar Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi Datin Siti Shorgayah Mohd Zaidin.

 ??  ?? ABANG Johari bersama Juma’ani (tiga kiri) mengadakan lawatan ke tapak rumah Yetni (kiri) yang rosak akibat kebakaran. Turut kelihatan Sharifah Hasidah (kanan).
ABANG Johari bersama Juma’ani (tiga kiri) mengadakan lawatan ke tapak rumah Yetni (kiri) yang rosak akibat kebakaran. Turut kelihatan Sharifah Hasidah (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia