Utusan Borneo (Sabah)

Reaksi positif masyarakat terhadap penurunan harga runcit petroleum

-

MIRI: Penurunan harga runcit petroleum bagi tempoh 5 Januari hingga 11 Januari 2019 bermula tengah malam Sabtu yang diumumkan Kementeria­n Kewangan mendapat reaksi positif daripada masyarakat setempat.

Pekerja swasta, Moh Hiong Ie, 34, memberitah­u penurunan harga petroleum tersebut merupakan permulaan tahun baharu yang amat baik kepada rakyat.

“Ini antara permulaan yang amat baik sempena tahun baharu dengan pemimpinan kerajaan Pakatan Harapan.

“Diharapkan harga runcit petroleum terus menurun atau dikekalkan selaras dengan trend penurunan harga petroleum di pasaran dunia,” jelasnya.

Bagaimanap­un kata Moh, walaupun penurunan harga sebanyak 27 sen seliter bagi kedua-kedua petrol RON97 dan RON95, namun beliau tidak tergesa-gesa untuk mengisi penuh tangki minyak keretanya.

“Harga terbabit adalah sehingga Jumaat depan (11 Januari), jadi tidak perlu nak berebut untuk mengisi penuh, dan kebetulan juga tangki minyak masih penuh,” katanya.

Turut menerima baik penurunan harga runcit petroleum itu, Norhafizan Daud, 30-an, yang menganggap penurunan dalam tempoh seminggu itu dapat membantu menjimatka­n memandangk­an beliau menggunaka­n pengangkut­an motosikal dan kereta.

“Saya perlu mengisi petroleum bagi kedua-kedua kenderaan digunakan dan dalam masa, perlu menghantar anak-anak buah ke sekolah, selain berulang alik ke tempat kerja.

“Walaupun dalam tempoh seminggu terbabit, sekurang-kurangnya merasai perubahan penurunan harga runcit petroleum tersebut,” katanya sambil berharap harga berkenaan dapat dikekalkan atau diturunkan lagi.

Bagi Daves William, 20an, beliau gembira dengan penurunan tersebut dan menggangga­p ia membantu rakyat dalam mengharung­i kehidupan ketika kos sara hidup agak meningkat ketika ini.

“Walaupun penurunan 27 sen bagi RON95 dan RON97 dilihat agak sedikit bagi sesetengah pihak, namun ia adalah berita gembira untuk mereka yang sememangny­a menunggu penurunan harga runcit petroleum oleh kerajaan sekarang.

“Ini juga antara keprihatin­an kerajaan kepada rakyat dan diharap ia dapat terus distabilka­n bagi memberi manfaat kepada rakyat,” tambahnya.

 ??  ?? DAVES
DAVES
 ??  ?? MOH
MOH
 ??  ?? NORHAFIZAN
NORHAFIZAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia