Utusan Borneo (Sabah)

Cari mayat lain, jumpa mayat lain

-

SIBU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan sejurus selepas mayat seorang lelaki yang ditemui pagi Sabtu dipercayai bukan mangsa yang dikhuatiri lemas di Batang Rajang pada Jumaat.

Mayat seorang lelaki dijumpai pada jarak 200 meter dari lokasi mangsa dikhuatiri lemas di Dermaga Kargo berhampira­n Tua Pek Kong di Jalan Khoo Peng Loong pada jam 8.10 pagi Sabtu adalah seorang warga Indonesia berdasarka­n kad pekerja yang dijumpai pada badannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superinten­den Martin Koo berkata, berdasarka­n maklumat penemuan mayat itu, ia bukan mangsa yang dilaporkan hilang di lokasi sama pagi Jumaat.

“Operasi SAR mangsa yang hilang selepas dikhuatiri lemas di lokasi sama tengah hari Jumaat lalu akan diteruskan,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Katanya, keadaan mayat yang dijumpai itu reput kerana sudah lama berada di dalam air dan dipercayai bukan mayat yang dicari dalam operasi SAR terdahulu.

“Mayat itu kemudian diserahkan oleh pasukan SAR kepada pihak polis untuk dihantar ke rumah mayat Hospital Sibu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sehingga berita ditulis, operasi SAR disambung semula di sekitar lokasi kejadian sejak tengah hari Sabtu.

Butiran mangsa yang masih dicari dipercayai orang tempatan berumur dalam lingkungan 20-30an.

Menurut maklumat pihak polis, mangsa dipercayai berpakaian serba hitam iaitu baju-T dan seluar panjang sukan.

 ??  ?? MAYAT warga Indonesia yang dijumpai pagi Sabtu.
MAYAT warga Indonesia yang dijumpai pagi Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia