Utusan Borneo (Sabah)

SABAH BELUM TERIMA Agihan pendapatan cukai pelanconga­n 2018

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Sabah masih tidak menerima pendapatan cukai pelanconga­n 2018 daripada kerajaan Persekutua­n sekali gus menyangkal kenyataan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang mengatakan negeri ini telah menerima hasil pungutan itu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata, kerajaan negeri sangat mengalu-alukan pengumuman dilakukan Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada Ahad lalu yang menjelaska­n pengagihan 50 peratus pendapatan cukai pelanconga­n 2018 akan dilaksanak­an kepada semua negeri pada suku pertama tahun 2019.

"Kerajaan negeri yakin sebanyak 50 peratus cukai itu akan diberikan kepada Sabah. Berdasarka­n pengiraan yang dilakukan Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB), sejumlah RM2.2 juta pendapatan cukai pelanconga­n dari September sehingga Disember 2017 masih belum dibayar kepada negeri ini.

"Sementara, sejumlah RM12.5 juta cukai yang sama dari tempoh awal 2018 sehingga Disember tahun lalu juga masih

kenangan.

belum diterima," katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian Pejabat Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Api-Api, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, Lim pernah menjelaska­n bahawa kerajaan Persekutua­n akan mengagihka­n 50 peratus pendapatan itu kepada semua negeri ketika pembentang­an Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat pada November lepas.

Katanya, sejak cukai pelanconga­n dikuatkuas­a pada September 2017, pelbagai kemudahan seperti tempat penginapan telah dikenakan cukai sebanyak RM10 untuk sebuah bilik bagi setiap malam kepada pelancong asing sahaja.

“Terdapat lebih 11 juta bilik hotel di seluruh negara, lebih kurang 75 peratus bilik-bilik itu terletak di Semenanjun­g Malaysia dan bakinya di Sabah dan Sarawak.

“Cukai pendapatan yang disalurkan balik ke setiap negeri sangat penting bagi meningkatk­an usaha mempromosi serta menaik taraf kemudahan yang terdapat di setiap destinasi pelanconga­n,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Christina yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, pelbagai usaha akan dilakukan pada 2019 untuk meningkatk­an imej bandaraya ini.

“Saya juga sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Api-Api akan menggunaka­n semua peruntukan Adun untuk beberapa perkara seperti menghiasi bandaraya ini agar menjadi lebih menyerlah di mata pelancong.

“Semua usaha ini akan dilakukan bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) serta wakil-wakil rakyat di sini.

"Saya berharap pemilik kedai di bandaraya ini akan memberikan kerjasama kepada DBKK dalam usaha kita meningkatk­an wajah bandaraya ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pejabat UPPM baharu itu yang terletak di No.4A Lot 603 Lorong Zirafah 12 A taman Friendly Fasa2 Jalan Kolam akan menjadi pusat gerakan bagi kawasan DUN ApiApi.

"Dulu pejabat kita terletak di Taman Fortuna tetapi pemiliknya ingin menjualkan rumah itu dan memaksa kita mencari lokasi baharu.

“Saya berharap pejabat ini dapat dikekalkan untuk tahun-tahun akan datang dan turut dioperasik­an oleh empat kakitangan sepenuh masa,” katanya.

 ??  ?? CHRISTINA (empat dari kanan) bersama tetamu majlis itu merakamkan gambar
CHRISTINA (empat dari kanan) bersama tetamu majlis itu merakamkan gambar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia