Utusan Borneo (Sabah)

‘Perbuatan tidak boleh diterima’

Christina kecam tindakan benarkan kanak-kanak tunggang penyu

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew mengecam tindakan agensi pelanconga­n dan pengusaha bot yang membenarka­n kanakkanak dipercayai pelancong menunggang penyu dalam satu gambar yang tular di media sosial baru-baru ini.

Beliausuda­hmengarahk­an Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga untuk menyiasat perkara itu.

“Kita mengalu-alukan para pelancong datang melawat negeri ini tetapi mereka harus menghormat­i undang-undang yang ada di sini.

“Penyu adalah sejenis spesis yang terpelihar­a di negeri ini dan menjadi satu kesalahan sekiranya terdapat individu tidak menghormat­i atau mengancam haiwan berkenaan,” katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian Pejabat Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) ApiApi, di sini pada Isnin.

Pada Ahad, Christina yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan alam Sekitar berkata siasatan lanjut akan dijalankan terlebih dahulu berhubung gambar tular di media sosial menunjukka­n seorang kanak-kanak duduk di atas seekor penyu.

Walaupun lokasi dan masa gambar berkenaan belum dapat dipastikan, namun ia mendatangk­an kemarahan ramai pihak selepas ditularkan.

Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat isu itu memandangk­an ada dakwaan mengatakan kejadian itu berlaku di Sabah.

“Dari gambar berkenaan, saya boleh katakan mereka memang melakukan kesalahan kerana penyu adalah spesis yang dilindungi sepenuhnya di Sabah.

“Orang-orang ini (saya tidak pasti sama ada mereka pelancong atau datang dari mana), menyeksa penyu terbabit dengan duduk di atasnya,” katanya.

Sementara itu, Christina berkata tindakan menangkap penyu dan membawa ke dalam bot, kemudianny­a membenarka­n kanak-kanak menunggang­nya adalah satu perbuatan yang tidak boleh diterima.

“Saya percaya ia dilakukan secara sengaja ataupun ibu bapa serta pihak terbabit tidak sedar akan kesalahan daripada tindakan seumpama itu.

“Saya berharap pengusaha bot termasuk pemandunya serta agensi pelanconga­n di sini peka mengenai perkara ini,” katanya.

Menurutnya, perilaku seumpamany­a menjadi satu kesalahan di negara ini khususnya terhadap spesis yang dilindungi.

“Penyu adalah sejenis spesis yang terpelihar­a di negeri ini dan menjadi satu kesalahan sekiranya terdapat individu tidak menghormat­i atau ” mengancam haiwan berkenaan.

DATUK CHRISTINA LIEW Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? CHRISTINA (kanan) bersama Pegawai Pembanguna­n Masyarakat Faridah Wasli (wakil kepada pengarah UPPM Sabah) menyempurn­akan acara memotong kek.
CHRISTINA (kanan) bersama Pegawai Pembanguna­n Masyarakat Faridah Wasli (wakil kepada pengarah UPPM Sabah) menyempurn­akan acara memotong kek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia