Utusan Borneo (Sabah)

Hentikan spekulasi punca peletakan jawatan Agong

-

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan pada Isnin meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai punca peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata peletakan jawatan itu merupakan hak Sultan Muhammad V dan setiap pihak perlu menghormat­i pendirian baginda.

“Bagi saya tak payah (buat spekulasi). Itu pilihan baginda sendiri. Baginda sendiri yang pilih untuk meletak jawatan jadi kita hormati pendirian baginda. Tak perlu kita persoal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaia­n Watikah Pelantikan Anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan 2019 di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darul Naim di sini, Isnin.

Ditanya sama ada kerajaan negeri telah menerima pemakluman rasmi mengenai peletakan jawatan Sultan Muhammad V tersebut, Mohd Amar berkata beliau tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu kerana urusan rasmi berkaitan akan diuruskan oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Mengulas penularan keratan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan berkaitan pelantikan Raja Perempuan Kelantan yang dikatakan menjadi penyebab kepada peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong, Mohd Amar berkata terdapat peraturan berkaitan perkara itu.

“Adapun dalam soal perkahwina­n ada peraturan (yang digariskan untuk melatik Raja Perempuan Kelantan) tapi (jika baginda) nak berkahwin dengan siapa-siapa tak jadi masalah. Pelantikan Raja perempuan ini keistimewa­an sultan... itu hak sultan tapi mengikut peraturan yang ada,” katanya.

Sultan Muhammad V ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong XV pada 24 April 2017 selepas mengangkat sumpah jawatan itu pada 13 Dis 2016.

Baginda menggantik­an Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintah­an sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 12 Dis 2016. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia