Utusan Borneo (Sabah)

Laporan penuh pengambila­n pekerja asing diketahui sebulan dua lagi

-

KUALA LUMPUR: Laporan penuh membabitka­n pengambila­n tenaga kerja asing termasukla­h rakyat Nepal dijangka diketahui dalam tempoh sebulan dua lagi, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata laporan yang dikemukaka­n oleh Jawatankua­sa Bebas Pengurusan Pekerja Asing itu akan diteliti sebelum kementeria­n melaksanak­an penyusunan semula dasar berkaitan pekerja asing.

“Isu itu (pengambila­n pekerja asing) masih dalam perbincang­an di peringkat kementeria­n serta kita akan melihat juga laporan penuh oleh jawatankua­sa itu sudah disiapkan dan akan dikemukaka­n dalam tempoh sebulan dua ini.

“Sebarang dasar atau polisi berkaitan pekerja asing akan dilihat berdasarka­n cadanganca­dangan yang dikemukaka­n oleh jawatankua­sa bebas dan semua perkara berkaitan akan diambil kira daripada laporan itu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan pada sesi pendaftara­n pelajar baharu Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) di ILP Kuala Lumpur dekat Jalan Kucai Lama, Isnin.

Seramai 3,800 pelajar baharu mendaftar di semua 32 institut latihan di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) bagi sesi 1 tahun 2019 ILP di seluruh negara.

Pada Mei tahun lepas, kerajaan Nepal menggantun­g kemasukan pekerja mereka ke Malaysia susulan pelbagai yuran dikenakan ke atas rakyat mereka yang bekerja di negara ini.

Susulan itu, Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran kemudian membuat rundingan dan menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) bersama Nepal pada Oktober lepas.

Dalam pada itu, mengulas berhubung soal pengganti Anggota Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai Pengerusi Jawatankua­sa Pemerkasaa­n Pendidikan Teknikal dan Vokasional Nasional (TVET), Mahfuz berkata ia terserah kepada keputusan Kabinet.

“Jawatan itu adalah jawatan lantikan Kabinet, sama ada akan ada pengganti atau tidak, itu terserah kepada Perdana Menteri dan Kabinet,” katanya.

Pada 17 Disember lepas, Nurul Izzah melepaskan semua jawatannya dalam parti dan berkaitan dengan kerajaan. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia