Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Sabah digesa mohon Program Agropreneu­r Muda

-

KOTAKINABA­LU: Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Junz Wong menggesa agropreneu­r muda untuk menjadi benefisiar­i di bawah Program Geran Kerajaan Agropreneu­r Muda.

Beliau menggalakk­an rakyat Sabah untuk menyahut secara aktif program kerajaan berkenaan yang bertujuan membantu para peserta pertanian.

“Jangan teragak-agak untuk meminta bantuan Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (KPIM).

“Kami lebih bersedia untuk membantu pemain pertanian mencapai matlamat mereka,” katanya ketika menyampaik­an mesejnya terutama kepada agropreneu­r muda di Sabah.

Program Geran Agropreneu­r Muda 2019 adalah geran di bawah Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani, pemohon mestilah seorang warga Malaysia berumur 18 hingga 40 tahun, boleh membaca, menulis dan mengetahui matematik.

Di bawah program itu, pemohon perlu memenuhi kriteria tertentu seperti memulakan projek baharu dan mesti menghadiri program latihan teknikal yang dianjurkan atau diperakui oleh MOA. Bagi pemohon sijil, diploma atau pemegang ijazah tidak perlu menjalani latihan teknikal.

Junz berkata, program Geran Agropreneu­r Muda 2019 yang berjaya akan diberikan geran sekali dalam seumur hidup mereka, dan keutamaan akan diberikan kepada mereka yang menjalanka­n aktiviti pertanian.

Beliau menyatakan keprihatin­annya bahawa agropreneu­r muda di Sabah mesti menyedari dan dimaklumka­n mengenai program-program kerajaan.

Permohonan geran itu dibuka bermula dari 1 hingga 31 Januari untuk fasa pertama, fasa kedua akan dibuka pada 1 hingga 31 Mei dan Fasa 3 pada 1 hingga 30 September 2019.

Borang permohonan boleh dimuat turun di pautan: www. moa.gov.my/agropreneu­rmuda.

 ??  ?? JUNZ
JUNZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia