Utusan Borneo (Sabah)

Kejayaan Polis Marin Sabah banteras penyeludup­an

-

LABUAN: Polis Marin Sabah (Wilayah 4) berjaya merampas barangan seludup bernilai RM18 juta serta menahan 1,439 orang sepanjang tahun lepas.

Ketua Komander ACP Pejeri Ali berkata perbuatan penyeludup­an itu dilakukan sekitar perairan Sabah dan Labuan.

Kes yang terlibat adalah di bawah Akta Kastam 1967, Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran (ATIPSOM) 2007 (PIndaan 2010) dan Akta Kawalan Bekalan 1961 antara lain.

“Tahun 2018 merupakan cabaran terbesar bagi Polis Marin Sabah (Wilayah 4) dalam memastikan kawasan perairan Sabah dan Labuan yang panjang dan luas dilindungi dengan selamat,” katanya dalam temu bual dengan Bernama pada Isnin.

Beliau berkata kerjasama yang erat dengan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) akan terus dipertingk­atkan bagi mempastika­n penduduk yang tinggal di pantai Sabah dilindungi dan wilayah dan sempadan bebas daripada penceroboh­an.

Pajeri berkata perairan Sabah dan Labuan walaupun saiznya besar akan dipantau dengan ketat daripada kegiatan penceroboh­an dan penyeludup­an.

Katanya kejayaan itu adalah berkat komitmen , dedikasi dan disiplin yang tinggi di kalangan anggota agensi itu.

Pajeri mendedahka­n bahawa polis marin Sabah dan Labuan mempunyai lebih daripada 800 anggota dengan89as­etuntukmen­jaga kedua-dua perairan itu.

“Operasi yang dirancang tahun ini akan tertumpu kepada penguatkua­saan secara bersepadu dengan lain-lain agensi peguatkuas­a seperti imigresen, perikanan, kastam dan Jabatan Pelabuhan Sabah bagi mempastika­n perairan sempadan kita berada dalam keadaan baik,” katanya.

Pajeri berkata pihaknya berterima kasih kepada orang ramai yang sentiasa menyalurka­n maklumat kepada pihak berkuasa demi menjaga keselamata­n perairan negara. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia