Utusan Borneo (Sabah)

Didenda RM4,000 memandu cuai, sebabkan kematian penunggang motosikal

-

KOTA KINABALU: Akibat memandu secara cuai dan tidak bertimbang rasa sehingga menyebabka­n kematianse­orangpenun­ggang motosikal, seorang lelaki dikenakan denda RM4,000 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Afiq Agoes menjatuhka­n hukuman itu terhadap Liew Kim Seng, 34, selepas mengaku salah atas pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 (Pindaan 1999).

Hukuman yang diperuntuk­kan denda minimum RM4,000 dan maksimum RM10,000 atau penjara selama tempoh 12 bulan.

Tertuduh sebagai pemandu melakukan kesalahan itu pada 9 Ogos 2012 jam 10 malam di KM9, Jalan Tuaran Bypass, di sini.

Berdasarka­n fakta kes pada hari kejadian, tertuduh memandu dari arah Wisma Times menuju ke Kota Kinabalu, apabila tertuduh membuat pusingan U kenderaann­ya dilanggar di bahagian belakang oleh mangsa.

Mangsa yang dari arah Tuaran sedang menuju ke Kota Kinabalu, mengalami cedera parah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Bagaimanap­un pada 10 Ogos 2012 jam 10 pagi, mangsa disahkan meninggal dunia.

Hasil siasatan lanjut, kemalangan berpunca daripada kecuaian tertuduh kerana memandu dengan tidak cermat dan bertimbang rasa.

Semasa rayuan peguam Ram Singh yang mewakili tertuduh berkata, kemalangan terbabit berlaku tujuh tahun lalu.

Menurutnya anak guamnya memberikan kerjasama dengan polis semasa siasatan dijalankan selain tidak mempunyai rekod kesalahan lain.

Oleh itu beliau memohon hukuman yang ringan dikenakan, kerana tertuduh sudah menyesal dan tidak mempunyai niat menyebabka­n kemalangan terbabit.

Mahkamah juga mengarahka­n tertuduh membayarga­ntirugiseb­anyak RM2,300 atau penjara satu bulan dikenakan dan lesen memandu diendors.

Pegawai Pendakwa Insp Hanif Mamyudi melakukan pendakwaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia