Utusan Borneo (Sabah)

Rompak berkumpula­n: Seorang bebas, dua lagi diarah bela diri

-

KOTA KINABALU: Seorang daripada tiga lelaki yang didakwa melakukan rompak berkumpula­n, mampu menarik nafas lega apabila dibebaskan Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan terbabit.

Hakim Noor Hafizah Mohamad Salim membebaska­n dan melepaskan Mohd Salizam Salim, 28, yang mana pada Isnin untuk keputusan kes selepas diperingka­t akhir pendakwaan.

Mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie terhadap tertuduh, namun dua lagi tertuduh Muhammad Nurfazrie Ashraf Norman, 25, dan Mohamed Hazri Jumatli, 33, diarah membela diri.

Oleh itu mahkamah menetapkan tarikh bela diri terhadap kedua-dua tertuduh pada 13 hingga 15 Februari depan.

Mereka didakwa merompak dua remaja lelaki berusia 18 tahun dan 16 tahun, merampas dua beg sandang, dompet, kad ATM, wang tunai RM1,040 dan sebuah telefon bimbit.

Kesalahan dilakukan pada 19 Oktober 2016 jam 1 pagi di luar kedai biliard Pekan Lama Papar.

Jika sabit salah mengikut Seksyen395­KanunKesek­saan, boleh dikenakan penjara selama tempoh 20 tahun dan sebatan.

Sementara menunggu kes selesai, tiada jaminan diberikan dan mereka diperintah­kan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Timbalan Pendakwara­ya Dinesh Raja melakukan pendakwaan, sementara pembelaan dikendalik­an peguam Shahlan Jufri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia