Utusan Borneo (Sabah)

Tukang masak, isteri didakwa bunuh anak

-

JOHOR BAHRU: Seorang tukang masak dan isterinya dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, atas pertuduhan membunuh anaklelaki­mereka,Disember lepas.

MohdWirahM­ohdYakub, 33, dan Nur Aqma Rosli, 22, dituduh bersama-sama dengan niat membunuh Mohd Dizhwar Dzaky Abdullah, 5, di sebuah rumah di Taman Sentosa di sini, antara 11 pagi dan 10.26 malam, 25 Dis lepas.

Bapa kandung dan ibu tiri rakyat Indonesia itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua mereka hanya mengangguk tanda memahami pertuduhan yang dibacakan secara bersama di hadapan Majistret Rashidah Baharom.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Abd Jalil Salam Muhamad manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 17 Feb depan untuk sebutan semula bagi menunggu laporan bedah siasat dan ujian Asid Deoksiribo­nukleik (DNA).

Sementara itu, Nur Aqma turut berdepan satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan penganiaya­an ke atas seorang lagi anak lelaki tirinya, Mohammad Dayyan Daffa Mohd Wirah, 4, dengan menyebabka­n kecederaan fizikal.

Dia mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang didakwa dilakukan di rumah sama, di Taman Sentosa, di sini, antara Jun dan 25 Dis lepas, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin.

Nur Aqma didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman dendamaksi­mumRM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Suhaili Sapun manakala tertuduh diwakili peguam R.Subash.

Mahkamah menetapkan 11 Feb depan sebagai tarikh sebutan semula kes. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia