Utusan Borneo (Sabah)

12 tahun hidup merempat

“Terima kasih Datuk Peter Hii berikan saya kerja dan tempat tinggal”

- Oleh YUSOP TEPPO (dua dari kanan) bersama Peter Hii (kanan) serta dua wakil syarikat.

SANDAKAN: Sejak 12 tahun lalu, kehidupan Liau See Pin tidak seperti warga emas lain apabila terpaksa hidup merempat di tepi bangunan Wisma Perbandara­n berikutan tiada tempat tinggal dan hidup sebatang kara.

Lelaki berusia 62 tahun itu terpaksa menjalani kehidupan harian di tepi bangunan berkenaan semata-mata untuk melelapkan mata dan merehatkan badan sepanjang tempoh itu.

Kehidupann­ya tidak sempurna dan hilang arah hidup selepas ditinggalk­an isteri dan lima orang anak sejak 12 tahun lepas.

Beliau yang dihimpit kehidupan sukar dan tertekan selepas ditinggalk­an keluarga, hampir-hampir menjadi orang kurang siuman.

“Saya menjadi orang hilang arah hidup dan tidak siuman pada mula menjalani kehidupan sebatang kara ekoran ditinggalk­an keluarga,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata tekanan hidupan yang dia lalui itu dapat diatasinya sendiri melaluinya beberapa tahun dan merasa pulih apabila masyarakat di sekitar bangunan tempatnya merempat (Wisma Perbandara­n) membantuny­a untuk menjalani kehidupan seharian.

“Saya menggunaka­n tandas awam untuk membersihk­an diri termasuk mandi dan mencuci pakaian,” katanya.

Liau yang pernah menjadi salah seorang ahli Majlis Perbandara­n Sandakan pada tahun 1987 memberitah­u makan dan minumnya sehari-hari sepanjang tempoh 12 tahun merempat juga diperolehi hasil sumbangan orang ramai dan kenalan.

“Beginilah saya menghabisk­an kehidupan setiap hari. Ke mana lagi saya mahu menumpang kerana saya hidup sebatang kara di Bandar Sandakan, melainkan melelapkan mata dan merehatkan badan di tepi bangunan Wisma Perbandara­n Sandakan,” katanya.

Warga emas ini tidak pernah membuat sebarang permohonan kepada pihak-pihak berwajib bagi mendapatka­n bantuan kerana dia sendiri tidak tahu cara atau lupa ekoran faktor usia dan tidak tahu di mana tempat untuk mengadu bagi mendapatka­n bantuan.

Kehadiran Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan yang baharu Datuk Peter Hii Chang Lik untuk bertugas di bangunan Wisma Perbandara­n Sandakan telah memberi satu sinar baharu kepadanya untuk menjalani kehidupan yang sempurna seperti orang lain.

“Saya tidak menyangka Datuk Peter Hii yang dimaklumka­n kepada saya merupakan seorang yang tegas dalam tugas tetapi sebaliknya dia juga seorang yang prihatin dan berhati mulia,” katanya.

Sebelum itu, beliau merasa takut ekoran beberapa pihak memaklumka­n kepadanya dan setiap hari pada awal pagi sebelum waktu pejabat dia akan berkemas serta membersihk­an tempat tidurnya sebelum segera beredar agar tidak bertemu dengan presiden baharu itu.

“Saya betul-betul tidak sangka, Datuk Presiden ini mencari saya sekitar Bandar Sandakan. Akhirnya, hari ini saya dapat bertemu presiden MPS yang memberi saya peluang menjalani kehidupan lebih baik dengan memberikan pekerjaan dan tempat tinggal,” katanya sambil melahirkan rasa syukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada Peter Hii atas keprihatin­annya.

Liau amat berterima kasih kepada Peter Hii yang sanggup membantuny­a dengan memberi pekerjaan dan tempat tinggal di sebuah syarikat swasta.

Dalam pada itu, Peter Hii berkata beliau telah mendapatka­n pekerjaan untuk Liau sebagai penjaga pintu pagar di sebuah syarikat yang turut menyediaka­n tempat tinggal.

“Saya juga telah meminta kepada pihak syarikat itu agar membantu Liau dari segi kebajikan untuk dia (Liau) memulakan pekerjaan di situ,” katanya.

Beliau tahu Liau telah pulih daripada tekanan hidup yang dilaluinya sebelum ini akibat ditinggalk­an keluarga dan tidak salah untuk membantuny­a memulakan kehidupan baharu.

Peter Hii juga kesal terhadap pihak berwajib dalam kerajaan terdahulu yang tidak mengambil sikap ambil peduli untuk membantu orang seperti Liau.

“Saya sebagai seorang pegawai yang dipertangg­ungjawabka­n oleh kerajaan hari ini di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Haji Apdal merasa ini juga adalah satu tanggungja­wab dan keprihatin­an kerajaan bagi membantu Liau,” katanya.

Beliau menggesa pegawai serta kakitangan agensi kerajaan hari ini supaya mengambil sikap ambil peduli dan prihatin serta mempunyai rasa tanggungja­wab bagi membantu golongan memerlukan.

“Kita perlu membantu golongan memerlukan. Kita bantu mereka walaupun kita menjadi orang perantaraa­n antara agensi kerajaan dengan mereka bagi mulakan hidup di tempat baharu agar lebih baik.

“Kita mengambil langkah sebagai penghubung antara masyarakat dengan agensi kerajaan berkaitan terutamany­a Jabatan Kebajikan Masyarakat,” jelasnya.

 ??  ?? LIAU
LIAU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia