Utusan Borneo (Sabah)

Dua warga asing ditahan tidak miliki dokumen sah

-

SANDAKAN: Dua lelaki warga asing ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan kerana didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, di perkampung­an pesisir pantai Kampung Tabangka di sini, petang Ahad.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata kedua-dua suspek masing-masing berumur 49 dan 20 tahun terbabit ditahan semasa rondaan Ops Bersepadu Khas yang dijalankan pihaknya kira-kira jam 1.10 petang.

“Rondaan operasi menggunaka­n botronda PSC 13 dan PSC 63 diketuai oleh Insp Andy bersama tujuh anggota PPM dan dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 20 Beluran itu telah membuat pemeriksaa­n di perkampung­an pesisir pantai Kampung Tabangka.

“Dalam operasi itu, dua lelaki telah ditahan dan diperiksa, dan hasil pemeriksaa­n mendapati kedua-dua suspek tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata keduaduany­a ditangkap dan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut, dan kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Menurut Pajeri, operasi bersepadu yang dilaksanak­an di antara PPM dan PGA itu adalah berkonsepk­an intra dalam menjalanka­n tugas kepolisan dengan cara aturgerak bersama.

“Masyarakat juga harus sedar bahawa pihak polis sentiasa memainkan peranan besar dalam mewujudkan persekitar­an selamat. Justeru, penyaluran­maklumatse­ntiasa diperlukan bagi membantera­s pelanggara­n undang-undang sedia agar penjenayah dapat dibendung,” katanya. - Oleh YUSOP TEPPO

 ??  ?? KEDUA-DUA suspek yang ditahan pihak PPM Sandakan kerana tidak memiliki dokumen sah.
KEDUA-DUA suspek yang ditahan pihak PPM Sandakan kerana tidak memiliki dokumen sah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia