Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 300 premis makanan diperiksa sejak 1 Januari 2019

-

LABUAN: Lebih 300 premis makanan diperiksa Jabatan Kesihatan Labuan sejak 1 Januari 2019 dalam aktiviti Penguatkua­saan Secara Pendidikan bagi Pewartaan Tempat Makan Sebagai Kawasan Larangan Merokok.

Menurut Pengarahny­a Dr Ismuni Bohari, daripada jumlah itu, sebanyak 84 notis peringatan­dikeluarka­nkepada pemilik premis makanan yang tidak mempamerka­n tanda larangan merokok.

“Dalam tempoh itu juga tiada sebarang notis dikeluarka­n kepada orang awam atas kesalahan merokok di premis makanan.

“Sebanyak 500 lebih risalah juga telah diedarkan termasuk membuat perjumpaan bersemuka bersama lebih 5,000 orang masyarakat di Labuan,” katanya.

Jelasnya, adalah menjadi tanggungja­wab semua pemilik, pengusaha atau tuan punya premis termasuk trak makanan (food truck) agar memastikan tanda larangan merokok yang jelas diletakkan di tempat yang boleh dilihat, dan mengambil langkahlan­gkah bagi memastikan tiada orang yang merokok dengan tidak menyediaka­n kemudahan untuk merokok seperti bekas abu rokok dan sebagainya.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai Operasi Bersepadu bersama Perbadanan Labuan yang baru dijalankan malam Ahad.

Mengulas Operasi Bersepadu itu, Ismuni berkata operasi disasarkan di empat lokasi tumpuan di pusat Bandar Labuan.

“Operasi Bersepadu yang disertaile­bihkurang5­0anggota

pelanggan premis makanan didekati penguatkua­sa kesihatan dalam Penguatkua­saan Secara Pendidikan.

penguatkua­sa kesihatan mendapati kebanyakan premis makanan sudah menaikkan tanda larangan merokok termasuk beberapa premis yang mengambil inisiatif untuk membuat tanda amaran sendiri bagi memastikan pelaksanaa­nlaranganm­erokok berjalan dengan baik.

“Kita juga terima respon positif daripada pelanggan yang berpuas hati dengan keadaan tanpa asap rokok semasa berada di premis makanan.

“Kita akan terus menyebarka­n maklumat mengenai pelaksanaa­n larangan merokok di premis makanan agar ia boleh menjadi satu budaya walaupun ada rintangan memandangk­an harga rokok yang murah di Labuan,” katanya.

Jabatan Kesihatan juga, katanya, turut bersedia menerima dan menyiasat sebarang aduan berkaitan larangan merokok di premis makanan yang diterima daripada orang awam.

“Jabatan Kesihatan Labuan memohon kerjasama dan komitmen semua lapisan masyarakat di wilayah ini agar memainkan peranan sewajarnya bagi memastikan peraturan ini dipatuhi.

“Kami juga sentiasa komited bagi memastikan orang awam sentiasa selesa dan dilindungi daripada bahaya asap rokok dan produk merokok yang lain ketika menjamu selera,” jelasnya.

 ??  ?? SEKUMPULAN
SEKUMPULAN
 ??  ?? ISMUNI (tengah) memberi penerangan secara bersemuka dengan beberapa pelanggan di sebuah premis makanan yang diperiksa.
ISMUNI (tengah) memberi penerangan secara bersemuka dengan beberapa pelanggan di sebuah premis makanan yang diperiksa.
 ??  ?? BEBERAPA pegawai kesihatan memberikan penerangan semasa operasi kepada pengusaha premis makanan.
BEBERAPA pegawai kesihatan memberikan penerangan semasa operasi kepada pengusaha premis makanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia