Utusan Borneo (Sabah)

14 kutu sampah Semporna ditahan, didenda kerja amal sejam

-

SEMPORNA: Kira-kira 14 individu termasuk 11 warga asing di Semporna ditahan serta didenda melakukan kerja amal selama sejam di sekitar pekan itu selepas didapati melakukan kesalahan membuang sampah di daerah itu.

Pegawai Daerah Semporna Bianus Kontong berkata kesemua yang didenda itu berumur antara 30an dan 40an ketika Ops Payung Bersepadu bersama Pejabat Daerah Semporna termasuk polis serta Angkatan Pertahanan Awam yang dilaksanak­an sejak tiga hari lalu.

“Selain denda mengutip sampah, kutu sampah ini kita pakaikan ‘vest’ berwarna hijau dan di belakang baju tersebut turut tertulis perkataan ‘monyet’.

“Kita percaya penguatkua­saan agresif ini akan memberi kesedaran serta pengajaran kepada mereka yang kurang sivik supaya tahu malu dan menjaga kebersihan alam sekitar,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Selain didenda melakukan kerja amal, Bianus berkata pesalah juga boleh dikenakan kompaun RM500 jika melakukan kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Anti Kutu Sampah.

Sementara itu, menurutnya pihaknya juga giat melaksanak­an kempen kebersihan serta kerja-kerja gotong-royong dengan tumpuan bermula di kawasan penempatan atas air.

“Program gotongroyo­ng perdana dimulakan sejak semalam di Kampung Air Semporna dan selepas ini kita mensasarka­n program yang sama di Kampung Simunul dan Kampung BangauBang­au,” katanya.

Katanya, pada program itu yang disertai sukarelawa­n dan kira-kira 300 penduduk di kawasan Zon 1 dan 2 Kampung Air Semporna itu berjaya mengutip lebih 30 tan sampah dalam tempoh tiga jam.

“Inisiatif mengajak masyarakat bergotongr­oyong ini antara pendekatan pihaknya memberi kesedaran supaya menjaga kebersihan Semporna yang menjadi destinasi pelancong dunia kerana keindahan khazanah alam dan pulau-pulau yang cantik,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia