Utusan Borneo (Sabah)

Kawalan keselamata­n diperketat

Kawasan sempadan Malaysia-Indonesia di sebelah Sarawak: Puzi Harun

-

KUCHING: Kawalan keselamata­n sempadan Malaysia-Indonesia di sebelah Sarawak akan diperketat susulan insiden penculikan lima rakyat negara ini oleh pasukan keselamata­n republik itu pada bulan lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Puzi Harun berkata pihaknya telah mengambil tindakan proaktif bersama Majlis Keselamata­n Negeri yang akan menyelaras­kan usaha tersebut.

“Usaha ini juga melibatkan pasukan tentera dan pihak berkuasa tempatan,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan majlis penganuger­ahan Pingat Jasa Pahlawan Negara kepada 347 penerima, di sini, Isnin.

Dalam kejadian 11 Dis itu, lima pembalak Malaysia diculik sebagai tebusan oleh sekumpulan lelaki yang dikatakan anggota tentera Indonesia di hutan berhampira­n Kampung Danau Melikin. Dua daripada mereka dilapor dibebaskan pada hari sama bagi membolehka­n mereka membayar wang tebusan manakala tiga lagi dibebaskan keesokanny­a susulan perundinga­n.

Berikutan kejadian itu, Wisma Putra menghantar nota bantahan kepada kerajaanIn­donesiamen­gutuk perkara berkenaan.

Berhubung kes penculikan itu, Mohamad Fuzi berkata pihaknya sedang menunggu arahan selanjutny­a daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya.

Mengenai majlis berkenaan, Mohamad Fuzi berkata penganuger­ahan melibatkan pegawai dan anggota pegawai polis yang masih berkhidmat dan telah berbakti kepada negara dengan cemerlang dalam menjaga keamanan dan keselamata­n rakyat negara ini. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia