Utusan Borneo (Sabah)

Polis Melaka rampas pelbagai dadah bernilai RM203,500

-

ALOR GAJAH: Polis Melaka merampaspe­lbagaijeni­sdadah bernilai kira-kira RM203,500 dan menahan seorang lelaki kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar negeri ini dalam Op Tapis, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt A. Asmadi Abdul Aziz berkata dadah berkenaan dirampas dalam sebuah bilik di rumah yang didiami suspek berusia 37 tahun bersama ibunya di Kampung Pulau di sini, kira-kira 2.15 pagi.

Beliau berkata dadah yang dirampas terdiri daripada heroin dengan anggaran berat 1,840 gram (g), ketamin (2,940g), pil ekstasi (369g) atau 1,300 biji yang telah dibungkus dalam bungkusan kecil untuk dijual dan wang tunai berjumlah RM9,000 dipercayai hasil jualan dadah.

“Ketika serbuan, suspek yang tinggal bersama ibunya berusia 63 tahun sedang tidur sebelum pintu rumah dibuka wanita berkenaan dan pemeriksaa­n dilakukan di dalam rumah itu termasuk di dalam bilik suspek yang berkunci.

“Suspek berada di dalam bilik berkenaan dan sebaik pintu bilik tersebut dibuka, kita berjaya menjumpai pelbagai dadah yang dibungkus dalam peket kecil yang mana kita percaya proses pembungkus­an semula itu baru dilakukann­ya,” katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.

Turuthadir­TimbalanKe­tua Polis Daerah Alor Gajah DSP Ahmad Mazlan Abd Rahman dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Alor Gajah Insp Muhammad Amin Padzil.

A. Asmadi berkata siasatan awal mendapati suspek yang bekerja sendiri itu aktif dalam pengedaran dadah sejak empat bulan lepas dan bekalan didapati daripada individu di luar kawasan Alor Gajah.

Beliau berkata dadah berkenaan akan dijual di luar pasaran daerah itu termasuk di daerah Melaka Tengah dan Jasin bagi mengelak aktiviti tersebut dihidu pihak berkuasa.

Katanya ketika ujian saringan dilakukan ke atasnya, suspek didapati positif dadah jenis morfin selain pernah mempunyai rekod jenayah lampau iaitu positif urin, tiga tahun lepas.

“Serbuan berjaya dilakukan hasil maklumat orang awam dan siasatan terperinci sedang dilakukan untuk mengesan pembekal dadah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata suspek direman selama tujuh hari sehingga 10 Jan ini dan sebuah motosikal dipercayai digunakan untuk pengedaran dadah turut disita bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, katanya orang awam termasuk ibu bapa atau anggota keluarga diseru untuk terus menyalurka­n maklumat berkaitan pengedaran atau penagihan dadah bagi membantu polis membantera­s aktiviti tersebut dan menyelamat­kan mangsa dadah. - Bernama

 ??  ?? PELBAGAI dadah bernilai kira-kira RM203,500 yang dirampas untuk tujuan pengedaran. Polis turut menahan seorang lelaki berusia 37 tahun dipercayai terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah berkenaan dalam Op Tapis di sebuah rumah di Kampung Pulau, Jumaat lepas.
PELBAGAI dadah bernilai kira-kira RM203,500 yang dirampas untuk tujuan pengedaran. Polis turut menahan seorang lelaki berusia 37 tahun dipercayai terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah berkenaan dalam Op Tapis di sebuah rumah di Kampung Pulau, Jumaat lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia