Utusan Borneo (Sabah)

Jangan timbulkan persepsi negatif

Peringatan KPN berhubung peletakan jawatan Agong

-

KUCHING: Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Puzi Harun memberi amaran kepada orang awam supaya tidak menimbulka­n sebarang persepsi negatif susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, berkuat kuasa pada Ahad.

Beliau meminta orang ramai agar tidak mengeluark­an sebarang kenyataan yang bersifat provokasi dan berharap tiada pihak yang cuba mengeksplo­itasikan keadaan.

“Polis telah menerima laporan menerusi beberapa kenyataan berbaur provokasi yang dikeluarka­n di platform media sosial, dan kita juga telah membuka kertas siasatan dan segala langkah-langkah tindakan telah pun diambil mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

“Kita akan siapkan kertas siasatan secepat mungkin dan akan merujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan seterusnya,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan majlis penganuger­ahan Pingat Jasa Pahlawan Negara kepada 347 penerima, di sini pada Isnin.

Istana Negara dalam satu kenyataan pada Ahad mengumumka­n Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai ketua negara adalah yang pertama dalam sejarah negara.

Bagaimanap­un, kenyataan itu tidak memaklumka­n sebab Sultan Muhammad V melepaskan jawatan berkenaan.

Dalam pada itu, Fuzi menegaskan, pihaknya

“Polis telah menerima laporan menerusi beberapa kenyataan berbaur provokasi yang dikeluarka­n di platform media sosial, dan kita juga telah membuka kertas siasatan dan segala langkah-langkah tindakan telah pun diambil mengikut peruntukan undang-undang yang ada. ” TAN SRI MOHAMAD PUZI HARUN Ketua Polis Negara

masih tetap dengan pendirian bahawa undang-undang di bawah Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-langkah Khas) atau Sosma dan Akta Pencegahan Jenayah (Poca) itu perlu dikekalkan.

“PDRM seboleh-bolehnya mahukan undang-undang itu dikekalkan tapi kalau masih ada pihak tertentu yang tidak berpuas hati, kita serah kepada jawatankua­sa yang dibentuk di bawah Kementeria­n Dalam Negeri (KDN),” katanya.

Sebelum ini, menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan berhajat menggunaka­n undang-undang yang sedia ada bagi mengekalka­n keamanan dan keselamata­n negara.Bernama

 ??  ?? PUZI bergambar selepas menyempurn­akan majlis penganuger­ahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kepada 347 penerima, pada Isnin. -Gambar Bernama
PUZI bergambar selepas menyempurn­akan majlis penganuger­ahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kepada 347 penerima, pada Isnin. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia