Utusan Borneo (Sabah)

Konsep Maqasid Syariah diangkat jadi dasar negara

-

PUTRAJAYA: Konsep Maqasid Syariah akan diangkat sebagai dasar dalam pentadbira­n negara, dengan kertas kabinet mengenainy­a akan dibentangk­an kepada jemaah menteri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Menurutnya, usaha asas memperkena­lkan Maqasid Syariah telah bermula tahun lepas sejak beliau dilantik sebagai menteri dan kini usaha untuk diangkat menjadi ‘kertas dasar’ diteliti termasuk aspek formatnya sebelum dibentangk­an ke Kabinet.

“Saya fikir ia tidak akan memakan masa yang lama kerana asasnya telah ada, cuma perlu ditambah baik sebelum dibawa kepada Kabinet selewat-lewatnya bulan depan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bersama Warga Agensi Agama di Kompleks Islam di sini, pada Isnin.

Mujahid dalam ucapannya sebelum itu berkata apabila kertas kabinet itu diterima, Maqasid Syariah yang merupakan kunci utama bagi melindungi, menjamin kemaslahat­an, menyekat kemudarata­n dan menolak kerosakan akan menjadi teras penting dalam semua aspek pentadbira­n.

Katanya usaha itu merupakan sebahagian daripada inisiatif memberikan agensi-agensi agama tanggungja­wab besar ke arah pelaksanaa­n tujuh pelan strategik menjadikan Malaysia sebagai model pentadbira­n Islam terunggul yang progesif dan inklusif menjelang 2025.

Tujuh kluster tersebut ialah perundanga­n dan kehakiman; pendidikan dan pembanguna­n insan; dakwah dan media; sosioekono­mi; pengurusan haji dan pensijilan halal; pengurusan masjid serta penyelidik­an dan budaya Maqasid, katanya.

“Pelan strategik ini dibentuk dengan setiap satu darinya mempunyai peranan dan kekuatan sendiri bagi mewakili semua agensi agama,” katanya.

Pada majlis itu, Mujahid mengumumka­n enam agensi agama diselaras semula dan diletakkan di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan penyelaras­an dan pemantauan hanya melibatkan aspek operasi, dan bukannya soal dasar.

Agensi berkenaan ialah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar); Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM); TV Alhijrah; Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim); Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM).

Selain itu, katanya terdapat juga agensi agama lain yang dikawal selia terus oleh Jabatan Perdana Menteri seperti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Turut terlibat ialah Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutua­n; Lembaga Tabung Haji; Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n, katanya.- Bernama

 ??  ?? MUJAHID (kanan) melancarka­n Pelan Strategik Agensi Agama Persekutua­n selepas menyampaik­an amanat ‘Gagasan Pentadbira­n Islam di Era Malaysia Baharu’ kepada warga agensi agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Auditorium Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), pada Isnin. -Gambar Bernama
MUJAHID (kanan) melancarka­n Pelan Strategik Agensi Agama Persekutua­n selepas menyampaik­an amanat ‘Gagasan Pentadbira­n Islam di Era Malaysia Baharu’ kepada warga agensi agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Auditorium Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), pada Isnin. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia