Utusan Borneo (Sabah)

ATM tumpu kawalan keselamata­n

TYT terima kunjungan hormat Panglima Medan Timur Tentera Darat

-

KOTA KINABALU: Panglima Medan Timur Tentera Darat, Markas Pemerintah­an Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Wira Zamrose Mohd Zain mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Dr Juhar Mahirudin di Istana Negeri, pagi Isnin.

Zamroseyan­gditemuime­dia berkata, tujuan kunjungan adalah bagi memperkena­lkan diri dan membincang­kan isu-isu keselamata­n di negeri ini.

“Saya memegang jawatan ini daripada mantan Panglima Medan Timur Leftenan Jeneral Datuk Stephen Mundaw selepas beliau menamatkan perkhidmat­an pada 2 November lalu.

“Dalam kunjungan hormat ini, saya turut memperkena­lkan pemerintah-pemerintah formasi Tentera Darat (TD) baharu kepada Tun Juhar selain mendapatka­n nasihat serta isu-isu keselamata­n di negeri Sabah.

“Diharapkan, kunjungan ini juga dapat mengeratka­n lagi silaturahi­m di antara ATM dan kerajaan negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Zamrose berkata pihak ATM memberikan tumpuan keselamata­n di kawasan timur negeri ini.

“Kerajaan telah mewujudkan pelbagai organisasi untuk menguatkan keselamata­n di timur Sabah, antaranya dengan mewujudkan Angkatan Petugas 450, 13 Briged Esscom, 5 Briged dan markas-markas ATM serta Angkatan Tugas Bersama yang mana ketiga-tiga markas bergabung untuk meningkatk­an keselamata­n negeri ini khususnya di kawasan timur Sabah,” jelasnya.

Untuk rekod, Zamrose telah berkhidmat selama 38 tahun dalam ATM dan berkhidmat sebagai Asisten Ketua Staf Perkhidmat­an Anggota di Markas ATM menguruska­n hal ehwal anggota tentera serta bertanggun­gjawab

“Tujuan kunjungan adalah bagi memperkena­lkan diri dan membincang­kan isu-isu keselamata­n di negeri ini. LEFTENAN JENERAL DATUK WIRA ZAMROSE MOHD ZAIN Panglima Medan Timur Tentera Darat, Markas Pemerintah­an Medan Timur Tentera Darat

menjaga kebajikan anggota tentera Malaysia sebelum dinaikkan pangkat.

Hadir sama dalam kunjungan itu ialah Panglima Briged Kelima Infantri Malaysia Brigadier Jeneral Muhammad Hafizuddea­in Jantan, Panglima 13 Briged Esscom Brigadier Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad dan Panglima Angkatan Petugas 450 Mejar Jeneral Datuk Mohamad Khir Abdullah.

 ??  ?? MOHAMAD KHIR
MOHAMAD KHIR
 ??  ?? ZAMROSE (kiri) berbual mesra dengan Juhar (kanan).
ZAMROSE (kiri) berbual mesra dengan Juhar (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia