Utusan Borneo (Sabah)

Durian bakar tarikan di Pasar Malam Jalan Gaya

-

KOTA KINABALU: Durian Bakar menjadi tarikan terbaharud­iPasarMala­mJalan Gaya di sini yang digemari kalangan pelancong.

Pengusaha buah-buahan Dennis Chan yang menjual durian bakar itu berkata beliau menggunaka­n durian daripada baka kampung kerana isinya banyak dan saiz buah lebih kecil yang mudah dibakar.

Katanya durian akan dibungkus terlebih dahulu menggunaka­n kertas alumunium sebelum dibakar menggunaka­n arang selama 45 minit.

“Durian yang siap dibakar dan dijual dengan harga RM60 sebiji tidak boleh dimakan terus sebaliknya perlu menunggu ia sejuk dahulu supaya mudah dimakan, rasanya juga seperti disalai,” katanya kepada Bernama di sini.

Chan yang mengusahak­an dusun buah-buahan seperti durian dan rambutan di Papar dekatsiniy­angdikenal­isebagai Borneo Fruits Garden berkata beliau telah memulakann kaedah membakar durian sejak empat tahun lepas dan baru pertama kali menjual durian bakar di kawasan Kota Kinabalu.

“Sejak saya berniaga di pasar ini bulan lepas, durian bakar ini digemari pelancong dari China, Korea Selatan dan segelintir penggemar raja buah itu dalam kalangan masyarakat tempatan...ini merupakan inisiatif saya untuk mempelbaga­ikan produk durian,” katanya.

Katanya durian bakar juga agak baharu bagi segelintir peminat durian khususnya di daerah ini berbanding kelapa muda bakar yang banyak dijual di Jalan Sepanggar di Menggatal dekat sini.

Pasar Malam Jalan Gaya atau dikenali sebagai Api-Api Food Market @ Gaya Street yang dilancarka­n secara rasmi pada 2 Dis tahun lepas oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew, menjadi satu lagi produk pelanconga­n di Kota Kinabalu.

Beroperasi dari pukul 6 petang hingga 2 pagi setiap Jumaat dan Sabtu, pasar malam itu menyediaka­n gerai jualan makanan dan minuman, buah-buahan serta kraftangan tempatan.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia