Utusan Borneo (Sabah)

Surau di Kuching Family Park dapat diguna awal Februari

-

KUCHING: Masyarakat Islam di Kuching Family Park dan sekitarnya dapat beribadah dengan lebih selesa apabila surau bernilai RM1.6 juta di taman perumahan itu dapat digunakan awal Februari depan.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, pembinaan surau baharu itu sekali gus mengakhiri penantian penduduk Islam di kawasan terbabit sejak lapan tahun lalu untuk memiliki surau lebih luas dilengkapi dengan kemudahan asas.

“Buat masa ini, surau itu masih dalam proses pemasangan elektrik dalam tempoh dua minggu dari sekarang,” katanya ketika meninjau perkembang­an pembinaan surau tersebut di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, surau yang mampu memuatkan 500 jemaah dalam satu-satu masa dibina genap setahun tanpa mengalami sebarang masalah.

“Pembinaan surau ini menepati tempoh pembinaan tanpa sebarang masalah,” kata Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan

Rahman meninjau perkembang­an pembinaan surau baharu bernilai RM1.6 juta di Kuching Family Park baru-baru ini.

Negeri (Adun) Pantai Damai.

Dengan siap sepenuhnya surauituna­nti,beliauberh­arap ia bukan sekadar menjadi mercu tanda penyatuan dan perpaduan masyarakat bahkan menjadi tempat untuk mendalami ilmu agama selain mengadakan pelbagai aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada rakyat di kawasan berkenaan.

Untuk makluman katanya, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai yang didiami hampir 95 peratus penduduk Islam mempunyai 45 masjid dan surau di 43 kampung serta taman perumahan.

 ??  ?? DR ABDUL
DR ABDUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia