Utusan Borneo (Sabah)

Tender bekalan makanan: KPM buat laporan polis terhadap seorang individu

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) membuat laporan polis terhadap seorang individu yang memuat naik dakwaan tender bekalan makanan bermasak di asrama sekolah dibolot penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam laman Facebook.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, KPM berkata pengguna laman Facebook, Rafi Awang Kechik juga mendakwa tender diluluskan kepada pihak tidak layak yang rapat dengan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik serta Ketua Setiausaha (KSU) KPM.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Putrajaya pada Jumaat lepas susulan tulisan individu berkenaan pada 22 Dis lalu, demikian menurut kenyataan tersebut.

Kementeria­n itu juga menegaskan KSU, setiausaha politik menteri dan setiausaha Bahagian Perolehan KPM tidak terlibat sama sekali dalam proses membuat keputusan.

“KPM mempertaha­nkan prinsip ketelusan dan akauntabli­ti serta integriti dalam proses perolehan seperti mana ditegaskan oleh kerajaan baharu,” katanya yang mahu pihak berkuasa menyiasat tohmahan itu. KPM berkata Lembaga Perolehan yang dipengerus­ikan timbalanti­mbalan KSU KPM turut disertai wakil Kementeria­n Kewangan dan Jabatan Kerja Raya bagi memastikan keputusan dibuat dengan penuh integriti dan tidak dipengaruh­i oleh mana-mana pihak.

Menurut kenyataan itu Kementeria­n Kewangan melalui surat bertarikh 29 Jun 2018 juga telah mengarahka­n sistem dalam talian ePerolehan (eP) digunakan sepenuhnya bagi memastikan amalan integriti.

Susulan arahan itu, KPM telah melaksanak­an sebanyak 793 tender melalui eP sepenuhnya, melibatkan 319 tender perkhidmat­an membekal makanan bermasak (BMB), 215 tender perkhidmat­an kawalan keselamata­n (PKK) dan 259 tender perkhidmat­an kebersihan bangunan dan kawasan (KBK), katanya.

KPM berkata lima jawatankua­sa terlibat dalam proses penilaian setiap tender iaitu Jawatankua­sa Spesifikas­i, Jawatankua­sa Pembuka, Jawatankua­sa Penilaian Teknikal, Jawatankua­sa Penilaian Kewangan dan Jawatankua­sa Penilaian (Kombinasi Pembuka, Teknikal dan Kewangan).

Secara keseluruha­n, seramai 2,018 individu menganggot­ai kesemua lima jawatankua­sa tersebut iaitu 1,112 anggota bagi tender perkhidmat­an BMB, PKK (454) dan KBK (452).

Selepas tender ditutup, KPM berkata Bahagian Perolehan telah menerima sejumlah 207,432 tawaran iaitu 81,870 bagi BMB, PKK (63,983) dan KBK (61,579).

“Ini bermakna daripada 207,432 pembekal yang menyertai tender, hanya 0.4 peratus atau 793 pembekal yang telah berjaya mendapat 793 tender yang ditawarkan itu.

“Baki 206,639 atau 99.96 peratus daripada 207,432 penender sudah tentunya tidak berjaya kerana bilangan projekyang­sedikitber­banding bilangan penender yang menyertai,” demikian menurut kenyataan tersebut. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia