Utusan Borneo (Sabah)

MAB digesa tutup petak khas ehailing di lapangan terbang

-

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holding Berhad (MAB) digesa menutup semua petak khas yang digunakan pemandu e-hailing untuk menunggu dan mengambil penumpang di semua lapangan terbang seluruh negara.

Pengarah Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd Datuk Shamsubahr­in Ismail berkata walaupun Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) mengeluark­an larangan berhubung perkara itu, pemandu e-hailing masih menunggu penumpang di petak-petak khas itu.

Pada 2 Jan lepas, JPJ mengeluark­an kenyataan melarang pemandu e-hailing menunggu dan mencari penumpang di mana-mana tempat termasuk di lapangan terbang.

“Namun sehingga kini, petak khas itu masih wujud dan pemandu kenderaan ehailing masih menunggu di lapangan terbang bagi mencari penumpang...untuk itu, kami mendesak agar MAB segera menutup petak khas e-hailing bagi mematuhi larangan itu,” katanya pada sidang akhbar di sini pada Isnin.

Shamsubahr­in berkata pihaknya akan membuat aduan kepada Kementeria­n Pengangkut­an setiap minggu bermula hari ini berhubung perkara itu bagi memastikan tiada lagi petak khas untuk pemandu e-hailing di lapangan terbang.

“Kami akan menghantar laporan yang disertai gambar dan video di setiap lapangan terbang yang masih menyediaka­n petak khas ehailing...selagi mereka tidak menutup petak khas itu, kami akan terus menghantar laporan sehingga tindakan diambil,” katanya.

Sementara itu beliau turut meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan tegas terhadap pemandu kenderaan e-hailing yang menunggu penumpang di tepi jalan sekitar Kuala Lumpur.

Beliau berkata tindakan pemandu e-hailing menunggu penumpang terutama di sekitar Jalan P.Ramlee, Jalan Kia Peng, Jalan Lumba Kuda dan Jalan Ampang menyebabka­n kesesakan lalu lintas.

“Seharusnya, pemandu ehailing ini sedar yang mereka tidak boleh menunggu di mana-mana pun… mereka perlu bergerak kerana itu syarat asas perkhidmat­an ehailing,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia