Utusan Borneo (Sabah)

Fokus beri perkhidmat­an terbaik

Peringatan kepada pemimpin akar umbi Tg Papat

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Pemimpin akar umbi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Papat diingatkan agar fokus dalam memberi perkhidmat­an kepada penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Papat Datuk Frankie Poon berkata, mereka yang dilantik sama ada berpengala­man atau tidak, perlu menjalanka­n tanggungja­wab dengan sebaik mungkin.

“Berikutan itu, saya adakan perjumpaan bersama Ketua Adat serta kakitangan Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) bagi memberi penerangan kepada mereka mengenai tugas masing-masing.

“Sebagai pemimpin di peringkat akar umbi, tidak dinafikan mereka pasti akan didampingi ramai orang. Oleh itu, saya ingin ingatkan mereka agar menjaga kelakuan. Jangan salah guna kuasa yang telah diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Perjumpaan Kakitangan UPPM dan Pemimpin Adat Tanjung

Adun Tanjung Papat

Papat di Bilik Mesyuarat KBS, Jalan Bunga Botan di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, Poon berkata sekiranya terdapat sebarang masalah atau keperluan melibatkan rakyat, pemimpin akar umbi boleh menyalurka­nnya kepada beliau bagi membolehka­n tindakan susulan diambil segera.

“Dalam tempoh tujuh bulan menerajui DUN Tanjung Papat, beberapa penambahba­ikan dan pembaikan telah dilaksanak­an di kawasan ini seperti bumbung, jambatan, lampu jalan, arena sukan dan sebagainya.

“Tahun ini kita jangka lebih banyak pembanguna­n akan dibawa di sini untuk manfaat dan kesejahter­aan rakyat,” jelasnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai aduan penduduk berhubung sistem kumbahan di Flat Sim-Sim yang tersumbat, Poon berkata pihaknya telah beberapa kali membersihk­an rumah pam berkenaan.

Namun, beliau meminta penduduk memberi kerjasama kerana setiap kali pembersiha­n dilakukan, sampah sarap menjadi antara hasil dikumpul paling banyak.

Beliau mengalu-alukan penduduk setempat untuk menyalurka­n sebarang aduan atau cadangan menerusi talian hotlinePus­atKhdimatT­anjung Papat (010-9694611).

“Berikutan itu, saya adakan perjumpaan bersama Ketua Adat serta kakitangan Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) bagi memberi penerangan kepada mereka mengenai tugas masing-masing.

DATUK FRANKIE POON

 ??  ?? POON (duduk, tengah) bersama antara pemimpin akar umbi yang hadir dalam perjumpaan di Bilik Mesyuarat KBS.
POON (duduk, tengah) bersama antara pemimpin akar umbi yang hadir dalam perjumpaan di Bilik Mesyuarat KBS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia