Utusan Borneo (Sabah)

Tempuh ‘macet’ lebih tujuh jam untuk beri bantuan kemanusiaa­n

-

B ANTEN( Indonesia ): Selepas lebih tujuh jam menempuh ‘macet’ atau kesesakan lalu lintas, di sekitar daerah Pandeglang menuju ke Sumur dan Labuan, bagi memberi bantuan keperluan asas kepada mangsa tsunami, pasukan sukarelawa­n Global Peace Mission (GPM) Malaysia selamat tiba di posko (pusat bantuan) transit Kampung Tangkil Sari, di sini.

Kampung berkenaan berfungsi sebagai posko perantara tempat mengagihka­n bekalan bantuan antara keduadua daerah yang terjejas itu.

Dalam misi kali ini, GPM yang diketuai Syahrir Azfar Saleh dan seorang lagi anggota Amirul Asraf Mat Arif disertai tiga wakil Bernama iaitu wartawan Muhammad Afiq Mohd Asri, wartawan Bernama News Channel Siti Zanariah Nor Zin serta jurukamera Mohammad Hafiz Ahmad Kamal bergerak dari Pandeglang sekitar 5.40 petang Ahad (waktu tempatan) dan tiba di kampung berkenaan pada kira-kira 1 pagi.

Stok barang yang terhad antara cabaran yang dihadapi ketika mencari barang keperluan asas di Pandeglang, sebuah pekan kecil yang terletakki­ra-kira100kil­ometer dari pusat bandar Jakarta.

“Kami berdepan cabaran macet yang teruk dan kesukaran mendapatka­n barang asas kerana bekalan masih terhad menyebabka­n kami terpaksa pergi dari satu gudang ke gudang lain untuk mendapatka­n bekalan,” kata Syahrir.

Antara keperluan yang sempat dibeli termasuk kasut sekolah, pakaian seragam sekolah serta keperluan asas seperti lampin pakai buang, tuala wanita dan

sembako (bahasa

PASUKAN sukarelawa­n GPM Malaysia bersama sukarelawa­n GPM Indonesia bersedia mengatur dan mengagihka­n barang keperluan asas untuk kepada mangsa tsunami Selat Sunda di Kampung Tangkil Sari di sini. -Gambar Bernama

tempatan yang merujuk kepada barangan keperluan asas penduduk seperti beras, gula, minyak masak, susu, daging, telur ayam selain bekalan air bersih).

Selesai membeli kesemua keperluan asas di Pandeglang, dua buah kenderaan yang dinaiki wakil Bernama dan GPM terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas yang agak teruk sebelum tiba di Kampung Tangkil Sari awal pagi Isnin.

Berdasar jadual, anggota misi akan membungkus barangbara­ng keperluan asas yang dibeli untuk diagihkan kepada mangsa tsunami sebelum perjalanan diteruskan ke Sumur dan Labuan tengah hari Isnin.

Misi ini dijangka berlangsun­g sehingga 24 Jan ini dan orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui talian www.billplz. com/pedulisela­tsunda atau deposit ke Bank Global Peace Mission di akaun Maybank Islamic (5642-2161-1602); Bank Islam (1402-3010029224); dan Affin Islamic Bank (1051-9000-2871).

Tsunami, yang melanda Selat Sunda pada 22 Dis lepas, berlaku ekoran pergerakan tanah di bawah dasar laut akibat letusan Gunung Anak Krakatau yang diikuti gombang air pasang serta gelombang kuat.

Badan Nasional Penanggula­ngan Bencana (BNPB) melaporkan sehingga kini lebih 400 orang maut manakala 30,000 hilang tempat tinggal. -Bernama

 ??  ??
 ??  ?? SYAHRIRber­samapasuka­nsukarelaw­annyamenye­rahkan bantuan kemanusiaa­n berupa keperluan asas ‘sembako’ kepada mangsa-mangsa terjejas akibat tsunami di Selat Sunda di sini.
SYAHRIRber­samapasuka­nsukarelaw­annyamenye­rahkan bantuan kemanusiaa­n berupa keperluan asas ‘sembako’ kepada mangsa-mangsa terjejas akibat tsunami di Selat Sunda di sini.
 ??  ?? SEKITAR kecamatan (Daerah) Sumur, antara kawasan yang terjejas teruk akibat tsunami yang melanda Selat Sunda pada 22 Dis lepas.
SEKITAR kecamatan (Daerah) Sumur, antara kawasan yang terjejas teruk akibat tsunami yang melanda Selat Sunda pada 22 Dis lepas.
 ??  ?? SYAHRIR bersama pasukan sukarelawa­nnya menyerahka­n bantuan kemanusiaa­n.
SYAHRIR bersama pasukan sukarelawa­nnya menyerahka­n bantuan kemanusiaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia