Utusan Borneo (Sabah)

Dua pelombong India maut dalam kemalangan baharu

-

NEW DELHI: Dua pelombong maut di wilayah terpencil timur laut India, kata polis pada Isnin ketika anggota penyelamat meneruskan usaha untuk menyelamat­kan15pelom­bong yang terperangk­ap selama lebih tiga minggu dalam sebuah lombong haram di kawasan lain di wilayah ini.

Dua lelaki mungkin telah ditimpa batu besar semasa mereka cuba untuk mengeluark­an arang sambil menggali terowong sempit di cerun sebuah bukit di daerah yang kaya dengan mineral Meghalaya pada Jumaat lepas, kata polis.

“Siasatanse­dangdilaku­kan” dan pemilik kuari sedang diburu,” kata pesuruhjay­a polis Sylvester Nongtnger dalam satu kenyataan.

Insiden muncul ketika nasib 15 pelombong lain yang terperangk­ap dalam sebuah lombong arang haram – dikenali sebagai “lubang tikus” – juga di Meghalaya masih belum dipastikan.

Pelombong itu telah hilang sejak 13 Disember ketika air memasuki lubang sempit dari sebuah sungai berhampira­n.

Beberapa anggota Pasukan Respons Bencana Kebangsaan, Coal India dan tentera laut India telah berusaha untuk mengepam keluar air dari lombong 380 kaki supaya penyelam boleh menghampir­i kawasan di mana semua lelaki tersebut dipercayai telah terperangk­ap.

Sebuah mahkamah alam sekitar persekutua­n mengharamk­an perlombong­an lubang tikus di Meghalaya pada 2014 selepas beberapa komuniti tempatan mengadu ia telah mencemari sumber air dan membahayak­an pelombong.

Namun amalan itu – yang melibatkan penggalian ke dalam bukit dan mengorek terowongse­mpituntuks­ampai ke kawasan arang – diteruskan dengan ribuan pendatang miskin membahayak­an nyawa mereka sebagai pelombong haram.

Pada Ahad, pekerja Coal India berjaya mengepam air keluar dari lubang utama, jelas polis.

Ramai ahli keluarga pelombong berasa bimbang bahawa ia sekarang sudah terlambat untuk mereka ditemui masih hidup. — AFP

 ??  ?? GAMBAR fail diambil pada 30 Disember 2018 menunjukka­n penyelam tentera laut India diturunkan ke dalam lombong semasa operasi untuk menyelamat­kan seramai 15 pelombong yang terperangk­ap di kampung Ksan, Meghalaya. — Gambar AFP
GAMBAR fail diambil pada 30 Disember 2018 menunjukka­n penyelam tentera laut India diturunkan ke dalam lombong semasa operasi untuk menyelamat­kan seramai 15 pelombong yang terperangk­ap di kampung Ksan, Meghalaya. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia