Utusan Borneo (Sabah)

Tentera Cameroon bunuh dua komander puak pemisah bersenjata di wilayah bergolak

-

YAOUNDE: Tentera Cameroon berkata ia telah membunuh dua komander puak pemisah bersenjata di bahagian Barat Daya, antara wilayah terjejas akibat perang di negara itu yang pendudukny­a bertutur dalam bahasa Inggeris.

‘Jeneral Obi’, ketua kumpulan yang menimbulka­n rasa gentar dalam kalangan penduduk tempatan di Mamfe, Okoyong, Bachuo Ntai, Bachuo Akagbe dan Nchemba, telah ditembak mati pada awal pagi Ahad, menurut kenyataan tentera.

Kenyataan itu juga me-nyebut, operasi yang dijalankan oleh pasukan elit Cameroon, Rapid Interventi­on Battalion (BIR), turut membunuh ‘Jeneral Eyong,’ seorang daripada komander puak pemisah.

Pendudukte­mpatanyang ditemu bual agensi berita China Xinhua berkata “beberapa” pejuang puak pemisah lain dan pasukan kerajaan turut terbunuh dalam serangan itu.

Serangan itu berlaku kira-kira seminggu selepas Presiden Cameroon Paul Biya memberi amaran dalam amanat akhir tahun beliau bahawa puak pemisah bersenjata akan ‘dineutralk­an’ jika mereka enggan meletakkan senjata dan “mengikut haluan yang betul”.

Pertempura­n antara pasukan kerajaan dan kumpulan pemisah bersenjata telah berlanjuta­n sejak November 2017 selepas pemisah mengisytih­arkan kemerdekaa­n sebuah negara yang di-namakan “Ambazonia” di dua wilayah iaitu Barat Laut dan Barat Daya yang pendudukny­a bertutur dalam bahasa Inggeris.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, (PBB) lebih 430,000 rakyat Cameroon telah kehila-ngan tempat tinggal manakala sekurangku­rangnya 30,000 lagi melarikan diri ke negara jiran Nigeria sejak konflik itu bermula. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia