Utusan Borneo (Sabah)

Kembalikan kecergasan, kekuatan otot

Fokus Chong Wei setelah kembali semula ke gelanggang latihan

-

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mahu fokus untuk mendapatka­n kembali kecergasan dan kekuatan otot sebelum meningkatk­an latihan intensif di gelanggang.

Beliau yang kali pertama memegang raket ketika latihan pertamanya dalam gelanggang badminton di Akademi Badminton Malaysia (ABM) pagi Isnin sejak pulih daripada kanser hidung, berkata buat masa ini pegawai perubatan hanya membenarka­n dia menjalani latihan ringan.

“Buat masa ini doktor hanya membenarka­n saya menjalani latihan ringan ataupun pada tahap 30 peratus daripada latihan biasa yang saya lakukan sebelum ini. Saya akan meningkatk­an kesukaran latihan secara perlahan-lahan mengikut kesesuaian kerana saya rasa skill itu memang dah ada, cuma kekuatan dan kecergasan yang perlu didapatkan balik.

“Saya dah bincang dengan jurulatih Hendrawan dan Datuk Misbun Sidek untuk fokus pada latihan untuk membina otot dan kekuatan kerana kehilangan kekuatan otot sejak beberapa bulan yang lalu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan di ABM, Bukit Kiara, pada Isnin.

Pemain berusia 36 tahun itu yang hadir ke ABM lebih kurang pada 8.15 pagi Isnin, menjalani rutin selama dua jam di gelanggang, sebelum menyambung latihan di gimnasium untuk dua jam berikutnya.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik sebanyak tiga kali itu juga, mengakui bahawa beliau berasa gelanggang badminton agak besar apabila menjejak kaki ke dalam gelanggang buat kali pertama sejak Julai lalu.

“Saya rasa court agak besar, ia agak biasa kerana saya memasukiny­a selepas lima atau enam bulan. Saya rasa memerlukan sedikit masa lagi untuk semuanya kembali ke keadaan biasa. Untuk permulaan, saya hanya akan membuat latihan sebanyak tiga

atau empat hari seminggu,” katanya.

Pemain berasal dari Pulau Pinang itu, memulakan latihannya pada Jumaat lalu menerusi sesi pemulihan di gimnasium ABM, selepas disahkan menghidap kanser hidung tahap satu pada Julai lalu.

Penampilan terakhirny­a adalah ketika tewas kepada Kento Momota dari Jepun, yang kini menghuni ranking nombor satu dunia, pada pusingan separuh akhir Terbuka Indonesia, Julai lalu, seminggu selepas menewaskan pemain sama untuk merangkul gelaran Terbuka Malaysia buat kali ke-12.

Chong Wei kini telah disahkan sembuh sepenuhnya daripada penyakit itu selepas menjalani rawatan hampir empat bulan di Taiwan. Bernama

Buat masa ini doktor hanya membenarka­n saya menjalani latihan ringan ataupun pada tahap 30 peratus daripada latihan biasa yang saya lakukan sebelum ini. Saya akan meningkatk­an kesukaran latihan secara perlahan-lahan mengikut kesesuaian kerana saya rasa skill itu memang dah ada, cuma kekuatan dan kecergasan yang perlu didapatkan balik. DATUK LEE CHONG WEI Jaguh badminton negara

 ?? - Gambar BERNAMA - Gambar BERNAMA ?? CHONG Wei gigih menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara pada Isnin. CHONG Wei muncul buat kali pertama selepas pulih daripada kanser hidung yang dihidapiny­a sejak tahun lalu untuk menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara pada Isnin.
- Gambar BERNAMA - Gambar BERNAMA CHONG Wei gigih menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara pada Isnin. CHONG Wei muncul buat kali pertama selepas pulih daripada kanser hidung yang dihidapiny­a sejak tahun lalu untuk menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia