Utusan Borneo (Sabah)

Dua cemerlang di Terbuka Remaja Britain

-

KUALA LUMPUR: Dua pemain remaja Negara cemerlang pada kategori masing-masing, manakala tiga lagi gagal di Kejohanan Skuasy Terbuka Remaja Britain 2019 yang berakhir di Birmingham, England pada Sabtu.

Dalam kejohanan itu Ameeshenra­j Chandaran, pemain pilihan kelima hingga kelapan bagi kategori Lelaki Bawah 15 (B-15) berjaya membuat kejutan apabila berjaya mengatasi pilihan pertama, Dennis Gilevisky dari Ireland, 8-11, 11-6, 11-5 dan 11-7, menurut laman web www. britishjun­ioropen.com.

Seorang lagi pemain negara Nickhilesw­ar Moganasund­haram pula berjaya menepati kedudukann­ya sebagai pemain pilihan pertama kategori Lelaki B11, dengan mengetepik­an pilihan kedua, Chris Baddour (Mesir) dengan menang, 9-11, 11-7, 11-4 dan 11-6.

Nasib berbeza dilalui juara bertahan kategori Perempuan B-15, Aira Azman apabila gagal mempertaha­nkan gelarannya dengan tewas kepada pemain pilihan kedua, Salma El Tayeb (Mesir), 8-11, 11-9 11-7, 13-15 dan 7-11.

Seorang lagi pemain negara Whitney Wilson yang merupakan pemain pilihan pertama Perempuan B-11 tewas mengejut kepada pemain pilihan ketigakeem­pat Anahat Singh (India), 11-13, 9-11, 11-7 dan 9-11.

Pemain pilihan bersama kelima Lelaki B-13, Harith Danial Jefri juga mengalami nasib yang sama selepas tewas kepada seorang lagi pemain Mesir Abdallah Eissa (pilihan kedua), 7-11, 11-9, 11-9, 7-11 dan 12-14. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia