Utusan Borneo (Sabah)

HEM SK Lubok Temiang anjur Program Sentuhan Kasih

-

UNIT Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang telah menganjurk­an Program Sentuhan Kasih Bersama Ibu Bapa Murid Tahun 1 di dewan sekolah itu.

Tiga doktor dari Jabatan Kesihatan Labuan iaitu Pakar Perubatan Psikiatrik Hospital Labuan Dr Ng Boon Seng, Pegawai Perubatan Dr Tengku Intan Najwa Tengku Azmi dan Pegawai Pergigian Dr Aisyah Mohamad Sopi telah menyampaik­an ceramah masing-masing kepada 92 murid Tahun 1 bersama ibu bapa mereka.

Dr Ng menyampaik­an taklimat mengenai cara ibu bapa membantu anakanak dalam pendidikan di rumah dan cara pengesanan awal masalah anak-anak.

Sementara Dr Tengku Intan Najwa dari Pasukan Kesihatan Sekolah memberi taklimat mengenai buku kesihatan sekolah dan prosedur pelaksanaa­n pemeriksaa­n kesihatan murid-murid di sekolah.

Taklimat mengenai pemeriksaa­n dan penjagaan gigi pula disampaika­n oleh Dr Aishah.

Program itu dihadiri Penolong Kanan 1 Cikgu Roslan Mohamad, PK HEM Cikgu Sunah Tahir, PK Kokurikulu­m Cikgu Joe Helmy Jumat serta Penyelaras Program Rohaimee Samsu.

Guru Besar Awat Cally Moguring berkata program itu bertujuan berkongsi pengetahua­n pengurusan sekolah dari aspek kurikulum, kesihatan, pergigian, baitumal dan J-QAF bersama ibu bapa murid Tahun Satu yang baru memasuki sekolah itu pada tahun ini.

Beliau berharap semua ibu bapa murid tahun 1 dapat memahami pengurusan sekolah untuk kebaikan anak-anak dan menjadi panduan dalam membantu sekolah yang berperanan memberi pendidikan kepada anak-anak mereka pada peringkat awal lagi.

Di samping itu, beliau juga mengharapk­an agar ibu bapa bersedia menghulurk­an apa juga bantuan kepada guru dan sekolah bagi membantu melancarka­n proses kemenjadia­n murid.

“Sebarang kemusykila­n haruslah dibincangk­an secara berhemah dan mengikut saluran yang betul bagi memelihara hubungan dan keharmonia­n antara ibu bapa, guru dan pentadbir sekolah,” katanya.

 ??  ?? SUNAH (kiri) menyampaik­an sijil.penghargaa­n kepada Dr Aishah.
SUNAH (kiri) menyampaik­an sijil.penghargaa­n kepada Dr Aishah.
 ??  ?? AWAT (kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Dr Ng.
AWAT (kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Dr Ng.
 ??  ?? IBU bapa murid tahun 1 yang hadir pada program berkenaan.
IBU bapa murid tahun 1 yang hadir pada program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia