Utusan Borneo (Sabah)

Harap pelantikan Agong baharu diputuskan secepat mungkin

Kerajaan akur dengan keputusan Sultan Muhammad V letak jawatan

-

KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap agar pelantikan Yangdi-PertuanAgo­ngyang baharu dapat diputuskan secepat mungkin.

Dr Maha t h i r berkata ia perlu disegeraka­n kerana beliau sendiri perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi urusan tertentu.

“Kerajaan akur dengan keputusan Sultan Mu ham mad V yang telah meletak jawatan. Ia adalah mengikut perlembaga­an,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Terengganu di sini, pada Isnin.

Turut hadir isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Pengerusi Bersatu Terengganu Datuk Razali Idris.

Peletakan jawatan Sultan Muhammad V diumumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz semalam. Baginda menjawat jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke15 bermula 13 Dis 2016.

Dr Mahathir berkata kebiasaann­ya Majlis RajaRaja mempunyai peraturan dan kaedah tertentu sama ada melibatkan penggilira­n mahupun undi yang telah termaktub dalam perundanga­n.

Ditanya mengenai

Kerajaan akur dengan keputusan Sultan Muhammad V yang telah meletak jawatan. Ia adalah mengikut perlembaga­an. TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD Perdana Menteri

pengganti Sultan Muhammad V, Dr Mahathir berkata beliau sama sekali tidak akan mencampuri urusan pengganti baginda dan ia adalah keputusan muktamad Majlis Raja-Raja.

“Kita tidak akan mencampuri urusan itu. Pengganti Yang di-Pertuan Agong akan dipilih oleh Majlis Raja-Raja. Saya tidak tahu bagaimana cara pemilihan dan mengikut adat mereka ada susunan mereka sendiri,” katanya.

Mengulas mengenai prestasi menteri-menteri kabinet pada masa sekarang, Dr Mahathir berkata secara keseluruha­nnya beliau berpuas hati dengan prestasi mereka.

“Kita perlu ingat bahawa mereka adalah ahli kabinet baharu dan sebelum ini mereka tidak pernah jadi menteri. Mereka terbawabaw­a dalam pembangkan­g dulu dan sukar untuk membawa diri,” katanya.

Beliau berkata sewajarnya menteri kabinet yang ada itu diberi peluang dan tidak ada keperluan untuk menukar mereka dengan menteri yang baharu.

Sementara itu, Dr Mahathir mahu semua pihak memahami kenapa beliau sering mengutamak­an masalah yang dihadapi bangsa Melayu kerana beliau mahu bangsa itu bangkit dan menjadi maju seperti bangsa lain.

“Parti Bersatu akan sentiasa mengutamak­an permasalah­an bangsa Melayu yang kini masih merupakan bangsa yang miskin.

“Perubahan perlu dibuat supaya Melayu juga dapat nikmat kekayaan negara kita. Kita bukan akhirnya ketinggala­n jauh di belakang,” katanya. - Bernama

 ??  ?? TUN Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyempurn­akan perasmian Ibu Pejabat Bersatu negeri Terengganu di Ladang Tok Pelam pada Isnin.
- Gambar BERNAMA
TUN Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyempurn­akan perasmian Ibu Pejabat Bersatu negeri Terengganu di Ladang Tok Pelam pada Isnin. - Gambar BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia