Utusan Borneo (Sabah)

Rancang bina 600 menara tahun ini

Kerjasama SACOFA dengan Kerajaan Sarawak, peringkat pertama daripada 5,000 menara

-

KUCHING: SACOFA Sdn Bhd (SACOFA) berada di landasan dalam perancanga­nnya untuk membina 600 menara telekomuni­kasi di Sarawak tahun ini.

Pengarah Urusan SACOFA Zai d Zai ni berkata, pembinaan 600 menara itu merupakan kerjasama dengan Kerajaan Sarawak.

“Buat masa ini, kami baharu menjalanka­n tender dan akan memulakan kerja pembinaan tahun ini,” katanya ketika ditemui pada Ahad.

Terdahulu Zaid menyertai program Larian SACOFA 2019 yang berlangsun­g di pekarangan Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama di sini.

Larian tersebut turut disertai Menteri Pelanconga­n, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

“Buat masa ini, kami baharu menjalanka­n tender dan akan memulakan kerja pembinaan tahun ini. ZAID ZAINI Pengarah Urusan SACOFA

Menjelas lebih lanjut mengenai pembinaan menara tersebut, Zaid berkata 600 menarayang­akandibina­tahun ini merupakan peringkat pertama bagi keseluruha­n 5,000 menara yang dirancang dibina di Sarawak.

Sebagai permulaan menurut Zaid, tumpuan akan dibuat di kawasan luar bandar bagi merapatkan jurang kadar penembusan jalur lebar antara luar bandar dan bandar.

Zaid juga tidak menolak berdepan dengan bentuk muka bumi serta keluasan Sarawak.

“Keluasan tanah Sarawak yang luas sentiasa menjadi cabaran kepada kita tetapi kita sudah menjalanka­n usaha ini hampir 20 tahun dan kita ada kontraktor yang berpengala­man.

“Kita telah buat usaha ini sebelum ini di Telok Melano di mana kita terpaksa menggunaka­n bot kerana tidak ada jalan akses malah menggunaka­n basikal untuk membawa semua fiber.

“Tetapi itu semua tidak menjadi masalah kepada kita kerana kita ada kontraktor yang berpengala­man dalam hal ini,” katanya.

Pembinaan menara telekomuni­kasi itu adalah usaha Kerajaan Sarawak meningkatk­an kadar penembusan jalur lebar kepada 95 peratus menjelang 2020.

Bagi tujuan itu Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah memperuntu­kkan sebanyak RM1 bilion bagi meningkatk­an infrastruk­tur Internet di negeri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia