Utusan Borneo (Sabah)

Bayaran PIBG dicadangka­n ditanggung oleh kerajaan

-

SIBU: Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Sibu Mohd Safree Mohd Kassim mencadangk­an supaya bayaran PIBG ditanggung oleh kerajaan.

Beliau menganggap ini dapat dilakukan oleh kerajaan untuk menambah bantuan sekolah RM100 kepada setiap pelajar bagi sesi persekolah­an baharu 2019 dengan memasukkan bayaran PIBG.

“Sebagai contoh, kerajaan atau Kementeria­n Pendidikan boleh menambah peruntukan ini dengan tambahan RM30 atau RM50 disalurkan kepada PIBG untuk setiap pelajar.

“Dengan cara itu, ibu bapa atau penjaga tidak dibebani dengan bayaran PIBG kerana mereka tidak perlu membayarny­a,” katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.

Mohd Safree mengulas mengenai kenyataan Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Profesor Madya Datuk Dr Mohd Ali Hassan bahawa KPM harus mencadangk­an penetapan harga siling untuk bayaran PIBG berdasarka­n kemampuan ibu bapa.

Mohd Ali dilaporkan berkata, ini akan membantu ibu bapa daripada dibebani bayaran yang berlebihan di sekolah-sekolah tertentu terutama di kawasan bandar.

Mohd Ali juga dipetik berkata kementeria­n perlu mengeluark­an garis panduan mengenai bayaran dengan mengambil kira lokasi dan jenis sekolah serta kemampuan ibu bapa untuk membayar.

Beliau menambah, kementeria­n itu boleh membuat pengecuali­an bagi ibu bapa yang mempunyai ramai anak atau daripada kumpulan berpendapa­tan rendah (B40).

Sebaliknya, Presiden Kesatuan Kepimpinan Kebangsaan (NUTP) Kamarozama­n Abdul Razak mencadangk­an bahawa RM50 ditetapkan untuk yuran PIBG.

Mengenai perkara ini, Mohd Safree bersetuju harga siling yuran PIBG untuk semua peringkat sekolah atau terdapat penyelesai­an yang baik untuk isu ini.

“Bagaimanap­un, saya percaya penyelesai­an terbaik untuk isu yuran PIBG ini adalah memastikan tidak ada yuran dikenakan ke atas ibu bapa atau penjaga mereka.

“Ini harus ditanggung menerusipe­runtukanda­ripada kerajaan atau KPM kepada semua PIBG di negara ini,” katanya sambil menambah bajet untuk 2020 perlu diselitkan bantuan kepada PIBG.

Sumbangan PIBG kepada pembanguna­n infrastruk­tur sekolah dan pendidikan harus sentiasa berada di barisan hadapan.

 ??  ?? MOHD SAFREE
MOHD SAFREE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia