Utusan Borneo (Sabah)

Peluang pelajar antarabang­sa jalan kajian di Sarawak terbuka

-

MIRI: Peluang pelajar antarabang­sa menjalanka­n kajian di Sarawak amat terbuka memandangk­an negeri ini mempunyai banyak khazanah dan budaya yang perlu diterokai.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata Sarawak dilimpahi dengan kekayaan sumber asli dan alam semula jadi dengan kepelbagai­an budaya daripada 28 etnik.

“Pelajar asing boleh menjalanka­n kajian mereka di sini untuk dijadikan sumber atau bahan ilmiah sekali gus mempromosi­kan Sarawak sebagai negeri yang perlu dikunjungi,” katanya semasa memberi taklimat ringkas kepada pelajar Fakulti Pengurusan Pembinaan dan Arkitek Curtin Perth, Australia.

Lee berkata, Sarawak kaya dengan kepelbagai­an biodiversi­ti dan kegunaan pelbagai tumbuhan sama ada untuk ubat-ubatan atau makanan dalam kalangan etnik.

“Sejumlah 28 etnik menghuni di Sarawak mempunyai kepercayaa­n dan amalan hidup berbeza tetapi mereka bersatu padu di bawah satu bumbung,” ujarnya.

Paling unik, semua perayaan besar seperti Tahun Baharu Cina, Gawai Dayak, Hari Raya Aidilfitri dan Krismas disambut secara bersama dan harmoni.

“Setiap perayaan di negara ini khasnya di Sarawak diraikan bersama tanpa mengira kaum dan agama, itulah keunikan yang anda perlu tahu sepanjang berada di sini,” katanya.

Lee yang juga pengarah pengurusan Curtin Malaysia Miri memberitah­u, seramai 20 pelajar Curtin Perth itu menyertai kembara sambil belajar di Miri termasuk di kawasan pedalaman.

“Mereka akan pergi ke kawasan pedalaman Long Pilah, Baram untuk membuat kajian tentang budaya tempatan, sosial dan persekitar­an,” jelasnya.

Lee turut berharap pelajar dari Perth akan menjadi duta kecil kepada Curtin Sarawak dalam berkongsi pengalaman dan cerita menarik sepanjang di Sarawak.

“Sarawak memiliki keunikanny­a tersendiri bukan hanya budaya dan tradisi tetapi tempat pelanconga­n yang popular seperti Taman Negara Gunung Mulu dan Pantai Tusan di Miri,” katanya.

 ??  ?? LEE (dua kanan) memberi taklimat ringkas kepada pelajar Curtin Perth, Australia yang menyertai program kembara sambil belajar di Miri.
LEE (dua kanan) memberi taklimat ringkas kepada pelajar Curtin Perth, Australia yang menyertai program kembara sambil belajar di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia