Utusan Borneo (Sabah)

SACOFA serah sumbangan RM252,810 kepada 13 sekolah

-

KUCHING: SACOFA Sdn Bhd (SACOFA) menyerahka­n sumbangan berjumlah RM252,810 kepada 13 sekolah terpilih di Sarawak pada Ahad.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada wakil sekolah terpilih di pekarangan Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama di sini sempena Program Larian SACOFA 2019.

Sekolah terpilih terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Tan Sri Datuk Haji Mohamed, SK Matang, SK Beradek, SK Paya Mebi, SK Petra Jaya, SK Sungai Maong Hilir, SK Telaga Air, SK Salak, SK Matang Jaya, SK Stapok, SK RPR Batu Kawah, SK Tanjong Apong dan SK Tambirat.

Pengarah Urusan SACOFA Zaid Zaini dalam kenyataann­ya semalam berkata sumbangan itu adalah dalam bentuk meja, kerusi, papan putih dan kerja pengubahsu­aian menerusi dana yang diraih menerusi program larian tersebut.

“Pendidikan adalah batu asas ke arah kemajuan dan pembanguna­n komuniti. Justeru, sekolah perlu diberi keutamaan dalam pembanguna­n komuniti.

“Untuk itu, SACOFA berbangga menjalanka­n peranannya dalam menyokong pendidikan dan usaha kerajaan menambah baik infrastruk­tur serta kemudahan asas di sekolahsek­olah di Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, penyampaia­n sumbangan tersebut telah disaksikan Menteri Pelanconga­n, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif SACOFA Sudarnoto Osman, Pemangku Setiausaha Tetap Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dr Abdul Rahman Deen dan Ketua Pengurusan Sektor Jabatan Pendidikan Sarawak Omar Mahli.

Dalam pada itu, larian semalam telah menarik 3,500 peserta yang mengambil bahagian dalam tiga kategori iaitu 10 kilometer (km), 5km dan 3km.

Larian tersebut turut menarik penyertaan pelari luar Sarawak yang berada di negeri ini antaranya Jepun, Singapura, Indonesia dan Brunei Darussalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia