Utusan Borneo (Sabah)

AGM SDNU Saratok pada 26 Januari ini

-

SARATOK: Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Cawangan Saratok mengadakan Mesyuarat Agung Tahun (AGM) pada 26 Januari ini.

Pengerusi SDNU Saratok Alexander Sela berkata AGM ini adalah pertama dan pembukaan tirai aktiviti bagi SDNU Saratok untuk tahun ini.

“AGM ini akan diadakan di Dewan Rumah Dayak Saratok bermula jam 9 pagi pada hari tersebut.

“Antara agenda dibentangk­an pada AGM ini ialah pengesahan bagi minit mesyuarat cawangan lalu, pembentang­an laporan tahunan, kewangan persatuan dan perkara-perkara lain yang berbangkit.

“Kitamemoho­nahliSDNU Saratok hadir pada AGM itu nanti,” katanya kepada media selesai perjumpaan ringkas dengan ahli jawatankua­sa tertinggi SDNU Saratok pada Ahad.

Pada masa sama, Alexander turut menyeru kepada masyarakat Dayak di Saratok bersama menghadiri AGM nanti.

Katanya SDNU Saratok amat mengalu-alukan pendaftara­n ahli baharu dalam kesatuan berkenaan.

“Justeru, bagi yang belum menjadi ahli dan berminat menjadi ahli SDNU, kita mengalu-alukan mereka hadir pada sesi mesyuarat itu nanti.

“Mereka boleh mendapatka­n info dan penerangan berkaitan kelebihan sekiranya mereka mendaftar menjadi ahli SDNU yang sah pada AGM nanti daripada pihak jawatankua­sa.

“Oleh itu, kita berharap keahlian SDNU Saratok akan terus bertambah pada masa akan datang bagi memastikan kesatuan ini terus kukuh,” katanya.

Turut hadir Timbalan Pengerusi SDNU Saratok Jeti Kumpai Endawie, Bendahari SDNU Saratok Charles Igat Rantai dan Setiausaha SDNU Saratok Marshal Minggu.

 ??  ?? ALEXANDER (kanan) bersama Jeti (dari kiri), Charles dan Marshal mengadakan perbincang­an bersama sebagai persiapan AGM akan datang.
ALEXANDER (kanan) bersama Jeti (dari kiri), Charles dan Marshal mengadakan perbincang­an bersama sebagai persiapan AGM akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia