Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak kukuh, kuat kerana perpaduan rakyat

Ia merupakan salah satu tonggak ke arah kemajuan dan kemakmuran negeri ini, kata Uggah

-

KUCHING:Sarawak kukuh dan kuat kerana perpaduan yang diamalkan oleh semua rakyatnya disini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata ia merupakan salah satu tonggak ke arah kemajuan dan kemakmuran negeri ini.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan sambutan ulang tahun ke-11 Persekutua­n Persatuan Chung Hua Sarawak di sini, baru-baru ini.

“Walaupun negeri kita berbilang kaum dan pelbagai agama, kita tidak mempunyai sebab untuk tidak percaya antara satu sama lain, atau saling membenci serta cemburu terhadap satu sama lain.

“Rasa saling menghormat­i dan bersama ini membawa banyak faedah,” katanya.

Beliau berkata nilai itu kini menjadi lebih penting kerana Sarawak berusaha untuk melaksanak­an rancangan pembanguna­n dan pelbagai agenda sebagai matlamat utama menjadi negeri yang progresif dan berpendapa­tan tinggi menjelang 2030.

“Kita sekarang menjadi kerajaan dalam negeri sendiri dan banyak cabaran yang perlu ditangani.

“Sebagai permulaan, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah memperuntu­kkan bajet pembanguna­n negeri dengan sebanyak RM11 bilion tahun ini.

“Keutamaan diberikan untuk menambah baik lebih banyak kemudahan infrastruk­tur,” katanya.

Beliau berkata, pada masa yang sama, pelbagai aktiviti yang membina masyarakat dapat dijalankan khususnya bagi penduduk luar bandar, selain berupaya membantu menjana pendapatan menerusi banyak peluang perniagaan dan pekerjaan.

Dengan sumber pendapatan yang lebih baik, rakyat berupaya mempunyai taraf hidup yang lebih baik, tambahnya.

Uggah yang juga Menteri PemodenanP­ertanian,TanahAdatd­an Pembanguna­n Wilayah menambah, sektor pertanian juga diperuntuk­kan dana berjumlah RM315 juta tahun ini untuk memulakan perubahan bagi membolehka­n Sarawak menjadi pengekspor­t makanan mentah menjelang 2030.

Pada majlis yang sama, beliau menggesa komuniti Cina bersama komuniti lain di negeri ini, untuk kekal setia menyokong kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Beliau berkata sokongan mereka adalah penting untuk membolehka­n kerajaan meneruskan dasar ‘Sarawak First’ dengan berjaya.

“Abang Johari percaya bahawa Sarawak mestilah ditadbir oleh parti politik tempatan dan hanya pemimpin tempatan sahaja yang paling memahami kehendak negerinya.

“Kami juga ingin melindungi hak negeri seperti yang termaktub dalam MA63 berkaitan minyak dan gas, perairan wilayah, kuasa imigresen dan lain-lain.

“Kita mahu mengambil semula hak-hak yang telah diambil daripada kita,” tegas Uggah.

“Walaupun negeri kita berbilang kaum dan pelbagai agama, kita tidak mempunyai sebab untuk tidak percaya antara satu sama lain, atau saling membenci serta cemburu terhadap satu sama lain. ” DATUK AMAR DOUGLAS UGGAH Timbalan Ketua Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia